Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

Aktiviti di kampung ~

Assalamualaikum ...

wohoo .. kali ni aku nak share cerita di sebalik 5 hari aku bercuti di kg halaman yang menyeronok kan .. ammboii seronok betoii aku ekk.. hehee..  apa yang seronok sgt tu zacky oii ?  mana tak seronok yer dapat balik kg.. tengok kg halaman ..permandangan sawah padi yg terbentang luas .. dapat naik bot pergi ke sungai teman pokcik aku angkat bubu .. seronok woo kt kampung... mcm2 ada..   :D



aktiviti paling best sekali ialah  : ~



agak2 aku buat apa ??





-
-

-

-

-


tadaa..~ 
sekali main layang2 daa.. muaahaha..





Yang ni Pulak kt pulau sayak ..~ 
angin laju woo .. mmg sempoii ..



main beramai2 .. 
best3..




My sister .~ 
baju nak sama warna ngn layang2.. haha.. 





  







Yang ni pulak hari #2 kat pulau sayak ..


da pro ..~ 
main layang2 duduk jer beb .. haha.. hebat sgt la tu..  :P



3 hari berturut2 beb  main bende ala ni .. mmg sempoi .. kat sana angin kuat senantiase.. sampai tangan naik lenguh duk main bende ni .. huhu .. puas hati ..   mesti korang tertanya2 kan layang2 apakah aku main tu .. ada 2 tali ..  ahaa.. nak tahu ?  moh ler gi entry aku yang lopas nie..  enjoy.. ~     klik  SINI   ~




Jom terbang ..~  hahaa




p/s : okey .. aku nak stdy ..~ esok exam physic n aerodynamic ..  wish me luck ..~     nitez u'olls  .. 




Ikut la respi PADI..
Makin berisi makin tunduk .. 

Jangan seperti LALANG..
Makin berisi makin menegak ..

:: BLOGLIST NMIRMO ^_^




wohooo ~

cool kan header tu ...  ceria adalah cara saya.. cewaah ~ menarik tertarik terpesona den di buat nyer.. hehee ..

ok kalau nak tau in tuan blog nmirmo ada wat bloglist .. menarik kan ?  sonang jer kata nyer.. pilih antara watak kartun nmirmo yang di sediakan dan letak kt entry bloglist die.. so sweet kan ? apa yang sweet ?  errr  ntah  :P ...  

so aku pilih yang ini ..~


YOSH !!


die watak jahat tak silap aku.. walaupun jahat.. die tetap comel..  hahaa...   :) 




p/s : lama dah aku tak tengok cter kartun ni.. last tgk form 4 kot .. waa mmg kenangan ini kartun .. skrg xde lagi dah ditayangkan kt tv3..   tengok kat utube jer.. ( ceit mcm tengok jer ) 


soley2 .. nk join klik ~sini~

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !







Assalamualaikum ..~   



Dah aku cakap TAK NAK ... TAK NAK lah..  haissshh ..` kadang2 aku terfikir .. kenapa laa  rokok ni wujud kat dalam dunia ni.. dah laa tak mendatangkan sebarang faedah dan kebaikkan kepada tubuh badan..  kenapa laa erk ?  tapi masih ada gak orang yang mengakatakan 'NAK' kepada rokok .. damn ..    



keburukkan merokok : 

  • asap rokok yangg boleh mencemarkan alam semulajadi
  • malah org yang terhidu asap rokok nie pn turut akan tercemar ..
  • totally , tak baik utk kesihatan .. sapa cakap baik tu .. meh sini aku boh penampaq kat muka hang .~ 
  • cepat mati .. 
  • ketagih..
  • membazir ..
  • menyusahkan orang lain 
  • hidup penuh di selubungi dgn rokok .. 
  • buang puntung rokok bersepah2 ..  
  • habuk rokok .. menganngu ketenteraman awam .. 



agak2 ada kebaikkan tak hisap rokok ni ?  takde kan ?  so kepada perokok tegar tu.. udah2 laa tu.. henti2 laa kan .. kesian ckit kt mulut tu.. bau asap jer.. 'smell like teen spirit' la tu konon.. gigi dan gusi pun terjejas beb.. paru2 ? tak payah ckp la kan.. masa muda-mudi ni blh laa gagah lagi men futsal .. nanti dah sampai satu tahap.. futsal pun dah tak kenal dah.. lagi nak yer main.. muahahaa.. ~

cuba dan cuba la.. utk kerhenti k ..  tapi ada satu gak yang aku suka dengan sikap perokok ni.. mereka tak suka member2 mereka yang nak belajar hisap rokok .. mereka akan marah dan menentang habis-habisan.. sampai blh putus kawan laa ..  yang tu aku respect .. sbb mereka sedar akan keburukkan merokok ni.. tapi syg .. mereka tak mampu untuk mengatakan 'TAK NAK' kpd diri sendiri ..


aku dah kata tak nak .. anda bila lagi ? hehe.. jom join sekaki .. dua kaki .. tiga ? boleh laa kalau ada orang kaki tiga..   :p   ~ KLIK SINI ~

Monday, May 30, 2011

Gelaran Eropah keempat Barca




LONDON - Jurulatih Barce- lona, Pep Guardiola mengakui, beliau berasa sangat bertuah kerana memiliki ramai pemain berstatus bintang dalam pasukan itu.

Pada 1992 lalu, Gu- ardiola yang ketika itu masih bergelar pemain, meraikan kejayaan di Stadium Wembley apabila membantu Barcelona memenangi trofi Piala Eropah yang pertama.

Pengendali berusia 40 tahun itu sekali lagi menjadi perancang utama yang membantu Barcelona menewaskan Manchester United 3-1 pada final Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Guardiola dan keempat untuk Barcelona.

Begitupun, Guardiola enggan menerima pujian yang tinggi, sebaliknya menganggap kejayaan itu hadir atas usaha serta kesungguhan para pemain.

"Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki pemain- pemain seperti yang hebat, terutamanya Lionel Messi, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta," kata Guardiola.
"Saya tidak rasa seperti saya adalah bos mereka. Semua pemain telah bekerja keras bagi mencapai kejayaan ini dan saya ucapkan tahniah kepada mereka."

Pada aksi awal pagi semalam, tiga gol skuad The Catalan hadir menerusi jari- ngan Pedro minit ke-27, Lionel Messi (54) dan David Villa (69), manakala United memperoleh gol sagu hati mene- rusi Wayne Rooney (34).

Tambah Guardiola, beliau berasa puas selepas menyaksikan peningkatan yang dipamerkan anak-anak buahnya berbanding pada aksi final di Rom, Itali dua tahun lalu.

"Apabila saya ingat kembali corak permainan kami (Barcelona) ketika aksi final di Rom dua tahun lalu, saya merasakan persembahan kami kali ini sangat menakjubkan.

"Namun apa yang kami raih kali ini tidaklah semudah yang disangka. Ia terhasil disebabkan kerja keras kami untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang," tambah Guardiola.






wohooo ~ 

sape tengok final juara2 eropah hari tu .. ?  kagum aku dgn jaringan David villa..  superb , van der sar tak blh buat apa ..  dan Man.utd hanya menharapkan kat 'shrek' Ronney utk melakukan serangan.. Hernandez xde effect langsung.. huhu.. cian Alex ferguson .. jadi parkinson die hari tu.. muaahhahaa..


p/s :   selamat hari isnin ku ucapkan ..~ :)




Tuesday, May 24, 2011

Nak balik kampung halaman ..

Assalammualaikum ..

tadi syok punya syok aku belari terjah satu blog ke satu blog ..  tiba2 kak un aku call ..

kak un : wey ko katne ? jom teman aku kt KLIA .. flight aku standby laa smpai kol 7 mlm ..

zacky : err...  kenapa tak amik direct flight terus pergi pineng .. kan ke senang..

kak un : tak tahu la.. tu yang aku bengang ni.. jom la teman aku , bosan ni.. aku belanja kau mkn ..


pantang dengar makan.. dengan pantas aku terus gerak pergi KLIA teman kan kak un aku sorang ni.. huhu.. die dari terengganu nak ke pineng .. tapi kenapa kena amik flight dua kali ? mcm nak ke oversea pulak da.. haha..  tak kisah la tu.. yang aku kisah die nak belanje aku mkn..  yihaa.. ~ nak tau die blnje aku apa ?


burger king la beb, 
aku yer whopper with cheese .. 
perghh tak sia2 g teman kan die..
berbaloi-baloi..



apa pun .. thanks kak un yang cun lagi baik hati.. hehe..   ok , berbalik kpd tajuk entry.. aku tiba2 rasa nak balik kg .. rindu sgt2 dengan suasana sawah padi yang indah lagi permai tu.. cuti stdy week seminggu .. 30 hb ni start final exam.. sempat lagi ke utk balik kg ? stdy cmne ? 28 hb bersamaan dengan hari sabtu nanti aku balik sini balik yerp.. ok semua persoalan sudah terjawab .. hehe.. 


so ticket belom beli lagi.. dengan pantas aku kena bersiap2 sekarang pergi ke kajang beli ticket .. packing bende2 yang nak kena bawak.. nota2 jgn lupa .. mana tahu ada masa lapang nanti.. leh laa aku baca ckit2.. hurm .. apa lagi ek.. haa.. aku ada join segmen bro ben tadi .. kena buat entry  segmen filem kreatif bersama ben .. tapi tak sempat nak karang .. sory sgt2..


ok bye2.. have a nice day ..
doa kan aku selamat pergi dan pulang hendakyer..



p/s : beberapa hari ni aku tak ~ bw + update blog.. kat kg xdop perkhidmatan internet .. 
sekian .. 



 

Cat ekor kuda untuk klip video

Perbuatan bintang Disney dikecam hebat

LOS ANGELES: Bintang Disney Selena Gomez dikecam kerana mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran terbaru video klipnya.

Bintang berusia 18 tahun itu dilihat merakam klip video untuk single terbarunya I Love You Like A Love Song di Malibu baru-baru ini dengan kuda berwarna terang.

Namun beliau segera dikecam daripada seorang lagi bintang pop, Pink. Penyanyi lantang Stupid Girls, yang juga seorang penyokong PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) menyelar bintang remaja itu dalam Twitter.

Pink, yang mempunyai empat juta pengikut dalam laman rangkaian sosial itu menulis: “Jika ada mana-mana aktivis di sekitar pantai Malibu di Leo Cabrillo State, ada seekor kuda dicat untuk satu video muzik bodoh. Memalukan.

“Artis sepatutnya lebih sedar dan bertanggungjawab untuk tindakan mereka,” beliau menambah.

Selepas sekumpulan peminat Selena kemudian mempertahankan idola mereka, Pink menghantar mesej lanjut mempertahankan pendapatnya.

“Sama ada anda peminat saya atau sesiapa saja, saya tidak akan berhenti bercakap mengenai kekejaman haiwan.

Bagaimanapun, seorang wakil untuk syarikat rakaman menegaskan tiada haiwan dicederakan ketika penggambaran.

“Adalah penting kepada syarikat produksi, label rakaman dan Gomez bahawa tiada haiwan dicederakan dan semua langkah berjaga-jaga diambil,” kata jurucakap Gomez dalam satu kenyataan kepada majalah People.

“Sejenis cat serbuk berasaskan sayuran, tanpa toksik digunakan dengan berus udara dan boleh ditanggalkan dengan air.





macam2. .~

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI




Nak pegang watak hero dalam filem Fast Furious 5 .. hahaa..  tak dapat tengok cerita ni jadi watak konon2 pon boleh laa.. ~ 






Monday, May 23, 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


klik gambar utk undi Bro Ben





watak : ~ 
  1. Bro Wacana
  2. syuxer 
  3. Cik azizah
  4. Arif azmi 


kisah 4 sahabat ingin menuju ke destinasi masing2 di stesen ERL..

syuxer Bro wacana .. nak lepak mana ni bro..  penat la bro.. wa ingat nak balik rumah jela..

Bro wacana : bro pun tak tahu la.. macam ni la.. apa kita tanya pendapat member kita Arif azmi dan cik azizah ni haa..  agak2 korang nak lepak mana ek ?

Arif azmi : aku tak kisah bro.. suka suki bro jerla nak gi mana pun.. follow the buffalo jer beb..

Cik azizah : emm.. balik rumah jela .. aku nak tengok tv , takut terlepas pulak nanti rancangan coretan harapan .. yang selalu bagi aku harapan tiap2 minggu tau..

Bro wacana : ( sambil KUPAS OREN ) kalau macam tu.. marilah kita pulang .. lain masa kita jumpa lagi k..

syuxer : worait..  jom pulang ke pangkal jalan.. yihaa..

Arif azmi, Cik azizah : ok jumpa lagi.. boiboiboy ..~









SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI







Untuk Join klik kat banner okay .. 

tamat lepas lunch nanti..  

pukul 2pm ..~  

copat2..

SEGMEN | AKU DAN ALAT MUZIKKU








Assalamualaikum ..


Kali ni aku nak join segmen dari sahabat blog setia ku sorang ni.. siapakah ?  PAK CEK BIOLA la beb ..  siapa lagi.. hehee..  aku dah janji dengan Pokcik ni.. yang aku akan join segmen die.. so .. this is it ..

alat muzik yang aku minat dan still lagi gatal jari utk main sampai skrg ni ialah benda ala bertali .. ceteka2 ??  benda alaa apekah ?   owh .. ha btol la tu .. 10 markah utk anda ..  hehe..

mula minat dengan alat muzik ni sejak umur 14 thn lagi..   masa tu aku tengok member aku main .. perghh !!  jeles beb..   ada la die ajar aku ckit cara2 nak men benda ala ni..  tapi biasa la kan.. kalau kita tak mampu jadikan suatu barang tu 'hak milik kekal' kita .. mmg susah la nak belajar.. tiap2 hari kna main woo.. baru la leh power.. seperti kata pepatah 'ala bisa tegal biase' gitu  ..  so masa tu aku terpaksa la buat keputusan untuk meninggalkan minat aku tu sebegitu sahaja ..  kalau sayang di tinggal2 kan.. hehe..

minat ingin bermain alat muzik ni datang balik kepada ku apabila aku mula digelar siswa .. 5 thn menyepi .. memendam rasa utk bermain alat muzik ni.. akhirnya aku berjaya gak kumpul duit ckit2 .. lama2 jadi bukit .. sampai la aku mampu milik alat muzik 'milik' sendiri pada september 2009 ..  dan disember tahun lalu aku berjaya men 'uprade' lagi satu menjadi hak milik aku.. alhamdulillah ..

aku sanggup buat apa saja demi minat aku ni .. walau pun ada orang yang mengkritik aku dan mangata aku .. ckp membazir laa.. apa laa.. tu semua dunia je .. tak penting.. tapi  bagi aku penting.. aku minat.. dan aku sanggup..

aku tahu .. muzik ni blh melalaikan .. antara penyebab2 yang membuat manusia leka dengan mendengar dan memain nya ..bagi pendapat aku, tak salah kan .. utk kita bermain alat muzik ..yang penting jangan sampai melalaikan sudah.. terlampau taksub gitu.. tak baik utk kesihatan beb ! 









aku ada terfikir utk masuk kelas muzik.. belajar kod2 taugeh bagai tu..  sebab .. kalau kita hanya pandai bermain tapi tak pandai membaca.. tak guna gak kan .. ia ibarat orang pandai membaca tetapi tidak pandai menulis..  akan tetapi .. sekarang bukan la masa nya yang sesuai .. fokus kpd pelajaran dulu .. muzik ? bile2 pun blh kn.. dah bekerjaya nanti kot baru aku masuk kelas muzik ..   ^_^


p/s  : sory wan sbb den lambat join ..


selamat malam semua..

Boiboiboy ..~




Hah ! Apa ??  Ahli muzik ?? aku tak suka keturunan ahli muzik ... kalau kauU aku tak suka .. dengan keturunan-keturunan kauU sekali aku tak suka.. nyah kauU dari rumah aku.. bebaaboom..

Sunday, May 22, 2011

Kalau sayang di tinggal-tinggal kan lah ..

Sehari blog ni sunyi sepi .. tanpa kata2.. err blog berkata2 ke ? :P .. sebenarnya aku sekarang sibuk dengan aktiviti program pre-graduation Unikl Miat kt Putrajaya anjuran ccc ( career and caunselling club ) untuk student2 yg bakal menamatkan pengajian yer nanti . .

best woo.. banyak perkara dapat aku pelajari dlm seminar ni .. cara2 utk pergi ke temuduga, entrepreneur,  the way of life .. kerjaya yang sesuai dengan diri .. n so on .. ~  

seminar ini akan di teruskan lagi pada 8 pagi - 5 petang sat gi .. n kali ni ccc menjemput ex2 Unikl Miat student yang telah pun berjaya dalam kerjaya masing2 bagi memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan kerjaya yang sesuai utk di pilih kelak .. waa tiba2 rasa excited.. hahaa.. akan ku update gambar2 dan kisah di sebalik takbir cerita ni nanti yerp..  :)
apa kaitan dengan tajuk entry ni ?? 

tajuk nak gempak je kan.. hehe..  aku sayang kat blog aku ni.. so dgn itu .. aku tinggal2 kan nya supaya perasaan ni menjadi semakin sayang..llalu akan berubah ke rindu dan berbalik ke hati ..terus pulang ke pangkal jalan... daa mula daa die ...  jom ramai2 kira bulu kambing.. zZzZz ..

" 3 S "

selamat malam ..
selamat hujung minggu ..
soley2 ..



ayat renung2 kan ~ 

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci"

Friday, May 20, 2011

Pergi sembahyang jumaat ke Mandi hujan ?









hujan lebat.. menjadi alasan kepada aku utk melambat2 kn masa pergi menunaikan solat jumaat di masjid Bandar Entek tadi..  tunggu punya tunggu.. baru lah hujan reda ckit, gerimis  gitu.. dengan pantas aku pakai kain pelekat , start motor terus pecut ke masjid..

sampai je kat masjid.. semua orang dah keluar dari pintu masjid terpusu2 menunju ke kenderaan masing2..huh apakah ?   dan tiba2 hujan turun dengan lebat sekali..  padan muka aku.. 

agak2 apa aku buat ?

aku buat tak tahu jela.. buat mcm orang baru lepas sembahyang.. .  hahahaa.. ni laa kali pertama aku jadi cmni.. tula .. ada jam tanak tengok.. apa guna jam yang melekat kat laptop dan blog hang tu ? cecite2 ?  ~ siyess aku nyesal weyh, xnk da buat cmni ..  sampai rumah je ..  terus solat  zohor..  huhu.. tak dpt laa aku pahala solat jumaat ..  

kpd korang semua.. jadi kan la cerita ni sbg satu teladan yerp.. tak kira la jln kaki ke gi naik motor/kereta sekali pn.. jgn sesekali jadi kan satu keadaan sbg satu alasan..  bila dah azan tu.. terus je reda gi masjid..  basah ? apa guna payung dan baju hujan ?    yer dak.. 


aku hanya lah seorang manusia.. yang sentiasa melakukan kesalahan ..  dan aku juga seorang manusia yang sentiasa belajar dan berusaha utk memperbaiki kelemahan dari kesalahan yang telah aku lakukan  ..

Mapleyh gatal ...

tadi aku pegi lepak ngn cousin aku kt As-Salam  ..  nak jadi kan cerita .. aku datang lambat ckit.. sebab ada hal ngn member aku ..  sampai jer dekat As-Salam tu.. pekerja mereka yang terkenal dengan paggilan yang aku panggil Mapleyh terus memandang aku .. menunjukkan berapa alert yer dia ni yang berkje untuk mengambil order..  

dalam masa yang sama.. ada sekumpulan perempuan pelajar KPJ nilai tak silap aku.. dengan pakai seluar pendek tido die.. tahap kaw2 yer pendek, dah mcm org cina dah aku tengok ... mata aku terus memandang ke arah perempuan tu.. terkebil2 ..  owh,  ok.. perempuan tu melayu ..


tak kisah la.. kau nak pakai apa pun..  tu sume tak penting.. apa yang penting pada aku ketika tu ialah aku nk order "three layer tea" .. woohooo, lama tak perkena air ni woo ...  terbaik beb .!  






mapleyh yang pada mulanya pandang aku tadi tu.. tetiba terus pergi ke meja sekumpulan pelajar perempuan terbabit.. utk ambil order mereka.. waa bengang laa aku..  ada ke patut ? mentang2 la pmpn2 tu hot dan seksa mata memandang..  terus kau lupa customer yang datang lebih awal tadi kan..  tak kisah ..  aku masih mampu bersabar ..  

lepas mapleyh ni dah ambil order drpd mereka ..dia trus buat muka tak bersalah .. sambil terkebil2 mata memandang meja yang d'duduki sekumpulan pmpn tadi..  waaa.. bila mauU ambil order ni mapleyh ?  aku memberikan isyarat sambil melambai2 tangan ke arah mapleyh yang tengah kusyuk duk memerhatikan suasana indah .. 

baru lah.. die perasan aku .. dan terus ambil order three layer tea yang di minta oleh aku .. 5 minit kemudian.. three layer tea aku sampai..  mapleyh ni trus menerus usha meja pmpn tu.. adehh.. xleh bla la ini mapleyh ..  ada penyakit gatal2 ke apa..

kalu nak perhati pn, cover2 laa .. ni tak, sampai nampak sangat taksub die tu memandang suasana mahligai indah lagi terseksa tu ..  pokemon betul laa..  huhu ..




soley2..

Thursday, May 19, 2011

nikmat yang ALLAH berikan kepada kita ...

kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi sesuatu..

dan kita lupa bahawasanya apa yang jadi pada kita  hari ini..

adalah satu nikmat yang besar..

kata hamka :

"Yang ada ini sudah harapan kita"

bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada..

tetapi jangan lupa yang telah ada.. ! 

syukur atas segala nikmat kurniaan ALLAH swt ..

Alhamdulillah ..



renung2 kan dan selamat beramal..  :)
selamat pagi semua ...  

Wednesday, May 18, 2011

Segmen Review BLog Oleh Norlida Ramli




Assalamualaikum ..

Jom join segmen Review blog oleh Norlida Ramli..   ini merupakan 1st segmen cik adik manis sorang ni.. hehe.. tahniah ku ucapkan.. kerana telah berjaya buat segmen ... yihaa..


http://www.emocutez.com


 Oleh itu,diharap cik manis intan payung ni dapat la memberi sedikit pendapat ttg blog ni.. supaaya tuan empunya blog ni.. blh improve dgn pendapat dan saranan yang d'berikan .. yer dak.. tulung menulung kan baik tuk kesihatan dan minda.. muahahaa..


kepada sesiapa yang nak join tu .. sila lah klik header di atas tu yerp.. mari la kita sesama memeriahkan lagi suasana  ..   yang dah memang meriah ni..  hehe





ok nk siap2 g kelas..
hurm..malas yer nk gi kelas mlm ni.. 
sob3.. 

Pelajar perempuan lebam muka kena tumbuk senior

AMPANG: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Pandan Mewah di sini, lebam muka selepas ditampar lebih 20 kali, ditumbuk dan ditendang tiga pelajar perempuan sekolah sama, minggu lalu. 

Kung Way Lin, 13, berkata dia diserang di stesen minyak berhampiran sekolahnya kira-kira jam 1 tengah hari dan kejadian itu turut disaksikan puluhan pelajar sekolahnya dan orang awam.


Katanya, dia diserang akibat salah faham selepas mendakwa dia melaporkan kepada guru disiplin berhubung kes ponteng membabitkan tiga pelajar senior itu.


Mangsa mendakwa, sebelum kejadian itu dia dipanggil seorang rakan dari kelas peralihan dan memaklumkan sekumpulan pelajar senior mahu berjumpanya di kedai serbaneka 7-Eleven bersebelahan sekolah. 

Sebaik tiba di sebuah stesen minyak berhampiran 7-Eleven, mangsa terus diserbu dan ditampar beberapa kali oleh seorang pelajar senior walaupun beliau cuba menjelaskan perkara sebenar. 

“Saya menjelaskan berlaku salah faham, tetapi mereka tidak mengendahkannya, sebaliknya saya dikepung dan dibelasah sehingga tidak dapat melarikan diri. 

“Mereka kemudian mengugut akan mencederakan saya sekiranya melaporkan kejadian itu ke
pada guru disiplin,” katanya. 










haishh,  gejala buli semakin berleluasa sekarang ni ..
ni lah akibat yer , terpengaruh dengan WWF kt tv nu ..   
adehh .. 


mak pak hantar hang pi sekolah, hang pukoi org sana.. 
pukoi orang sini ..  hang nak jadi apa ? jadi ganstar ?   :P 

Lawak Hujan ..

setelah 3,4 hari .. panas terik tanpa hujan .. akhirnya dari tadi petang dlm kol 5 lebih gitu.. hujan turun tak henti2 sehinggalah sekarang di kawasan2 sekitar sepang ni..  Alhamdulillah .. hujan turun dengan membawa berkah dan rahmat daripada Nya  ^_^ 

aku teringat akan lawak ketika hujan yang tak blh aku lupakan.. asal hujan je mesti aku teringat kat lawak ni.. aku baca lawak ni kat komik ujang kot tak silap ..




ayah : nak ...  ambil kan ayah baju hujan .. ~ 

anak : baik ya .. ( berlari laju mengambil baju hujan dan terus menghulurkan kpd bapa nya ) 

ayah : ( buat muka masam ) tak blh harap langsung la ko ni nak.. hampeh !

anak : ek .. bkn ni eh ?! 



agak2 baju hujan apa yang anak die bagi ?


-

-

-

-

-



 



Muahahaa.. ~ layan .. lagu best !

          


Tuesday, May 17, 2011

sek kito .. Gomo kelate Gomo

tahniah buat negeri KELANTAN .. kerana berjaya mara ke final FA cup menentang Terengganu pada 11 jun nanti..

Kelantan mara setelah berjaya membernam Selangor dengan agregat 6-2 .. 

adakah aku fan KELANTAN ?
oh tidak sama sekali.. aku anak jati Johor la beb.. mesti la kena sokong negeri sendiri kan.. Johor FC gitu.. haha... tapi apa kan daya ..  Johor Fc tak sehandal Liverpool ..  :P  ngee ~

apa yang aku suka dan kagum dengan Kelantan ni ialah.. peminat fanatik depa.. siyesss aku kagum.. bayangkan member aku sanggup reda hujan yang lebat dengan naik motor semata2 untuk pergi  ke stadium melihat pasukan negeri mereka beraksi..  hebat2..  





Penyokong fanatik dari kelas aku 4xaeroplane2 .. 
apih, miyo n awe . ~



 
suka la korang ..`  
sek kitoo ..!!! 
akhir kata.. 

maju lah sukan utk negara ..

Selamat Hari Guru Jugak ~

Assalamualaikum ..~


masih tidak terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan   ....   


 SELAMAT HARI GURU 



tanpa guru siapalah kita kan ?  daripada mula kita hidup di dunia ni.. kita sentiase belajar.. belajar dan terus belajar.. hinggalah sampai ke menara gading..  

guru .. la mengajar kita erti kehidupan , erti kasih sayang dan sebagainya..  itu la guru yang senantiase berada bersama kita sekarang ini .. iaitu ibu dan ayah  :)   

guru .. yang tak pernah jemu mendidik .. mengasuh .. memberi tunjuk ajar terhadap setiap topik mengikut mata pelajaran yang di ambil .. itu la Cikgu kita semasa di alam persekolahan hingga sekarang.. kpd yg masih lagi belajar ..   

aku terkenang akan zmn persekolahan ku dahulu .. kenangan manis bersama kawan2..  sahabat handai .. karena2 nakal masing2.. yang ganstar yer lain.. kaki ponteng yer lain..kaki buli yer lain.. kaki cabut kelas yer lain.. kaki "fly" yer lain.. kikikii.. mcm2..  yela kn budak baru nak naik ..

klw skrg kita tgk budak sekolah yg buat perangai cmtu.. rse nk bagi "free kick" jer kan.. tp pada hakikat yer.. kita pn lalui dan pernah buat perkara yang sama ketika di usia mereka.. budak 'nerd' tu len la kan.. hahaa..   tapi kita lebih mkn garam daripada mereka.. tidak salah utk memberi free kick teguran kepada mereka supaya tidak sesat ke di jln yang gelap kelak .. ^_^


form 2

 form 3



form 5



sweet memory  .. 




Guru kelas yang aku ingat : 

  1. darjah 6   - Pn Rohana
  2. tingkatan 3 - Pn Junaida
  3. tingkatan 5 - Pn Rafidah 



baru aku perasan.. rupanya semua pmpn yang jadi guru kelas aku dulu .. huhuu.  aku cari gambar sekolah rendah dulu , hampeh xjumpa2.. adehh .. 

apa pun , kepada blogger2 yang bakal jadi cikgu , dan yang dah jadi cikgu ... selamat hari guru ku ucapakan ..  semoga berjaya dengan kerjaya yang mulia ni ..  


GURU .. JASAMU SENTIASA KU KENANG DALAM DOA KU ..


bangun pagi


tiba2 aku teringat kan lagu yang selalu aku nyanyi mase kecil2 dulu..  umo 5,6 thn gitu.. korang pun mesti tahu lagu ni ..   


bangun pagi..

gosok gigi..

cuci muka..
terus mandi..

pakai baju,,
minum kopi..

makan roti..

suka hati..



lagu zmn kanak2 rabena.. zmn xde masalah.. happy jer, asal gi taska jer nyanyi lagu..asal nyanyi lagu jer pergi taska .. main ngn kwn2.. zmn baru nak kenal ABC .. sebelum masuk ke alam persekolahan.. waa rindu zmn ni ..   :)    





selamat pagi dan selamat bercuti.. ~   ^_^   yihaa...

Mimpi Indah .~


hari ini hanya tinggal kenangan..

esok bermula lah pejuangan hidup di episod seterusnya..





mata aku da xleh bla da nii..

mengantok thp gaban .. 

huhu..

jumpa nanti pagi la ye.. 


selamat hari selasa ucapkan .. 


nitez .. sweet dreams ..

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI





bila sebut jer tentang CINTA ..mesti ramai orang akan teruja.. mengatakan bahawa cinta itu indah.. manis.. rasa macam strawberry ..laa.. blackcurrant .. laa.. dll ..  nikmat bercinta ni.. mcm2 ada.. bak mcm iklan kt Astro .. ( eh, lame ek tak tgk iklan tu )  ..  bergitulah pengertian orang yang sedang hanget + hot spicy chicken KFC ni ..  bontut ayam pun sedap..  yerr dak ?

tapi harus lah di ingat kan di sini.. secantik dan seindah mana pun saat bercinta tu.. jangan sesekali kita lupa utk menjaga batas-batas pergaulan antara satu sama lain.. ni tidak.. bila di tegur jer.. mesti bagi alasan..  alaa, rileks la bro.. pegang tangan jer pun .. bkn buat apa2 pun .. tu depa berlakon citer2 drama pegang2 tangan rileks jer.. lagi pun dosa aku yang tanggung.. kubo masing2 kan !!   tak mcm mengelabah pulak kan statement cmni ..   ?   

ramai orang yang memilih utk bercinta dahulu baru bernikah ..  sebab apa ? suka ? seronok ? dapat peluk2 berpegangan tangan jln berlengang lenggok smbil bangga dan blh menunjuk kat orang lain, bawasanya depa la couple yang paling romantik sekali dlm dunia ni..  sakit mata aku .. sakit lagi hati aku bila melihat yer..

bila di fikir kan blk ..sbb tu la orang tua2 dulu soh nikah terus.. so xde la depa dapat dosa camtu jer drpada anak2 depa ni kelak..  yer dak ?


pengalaman bercinta .. setakat ni, Alhamdulillah aku telah di,temukan dengan seorang gadis yang telah berjaya menambat hati ku ini .. walaupun aku tahu jodoh dan pertemuan tu di tangan tuhan.. tapi tak salah kalau kita beruhasa dan mencuba untuk cari orang yang terbaik dalam diri kita kn ?


p/s

apabila manusia gagal mencintai ALLAH , maka cinta sejati tidak akan di temui ..


cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta ..


kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab 'cinta itu buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta ..

Telur Expired la pulak !

Alhamdulillah.. d'atas kurniaan nikmat dan rezeki yng telah Allah berikan kpd kita.. aku  baru jer lepas mkn 'mi sedap jelas terasa sedapnya' hehe ..   mmg sedap..   tapi lagi sedap kalau di tambah dengan telur goreng yer dak ? 

aku pun goreng laa telur ... aik, pelik .. kenapa telur kuning tak static comei kat paksi die ( ayat nak best )  ..tak puas hati yer pasal..  aku amik lagi sebiji telur..  pun sama gak .. kali ni lagi pelik, dah mcm air daa aku tengok ... die punya pergi, siap ada bubble2 lg ..~




begini la rupa yer .~




siasat punya siasat..
sekali wakenabeb daa.. kat tmpt telur tu terang2 tulis 14/5/11  ..  haiyoo..
hampeh btol ..  dgn pantas aku ambil tindak kan utk buang kesemua telur2 yang ada.. sebelum berubah jadi lagi teruk.. iaitu ..  'tembelang'   ceit.. tak ke naya tu..

gagal .. !!

Mulakan Hari Mu dengan Doa ~

Assalammualikum..

wohoo ..~ selamat pagi ku ucapkan..  huih, lama aku tak hupdate ini blog .. bersawang2 da ni haa  .. sape nak tolong aku bersihkan angkat tgn ?! hehe..  aku still selsema + batuk ..   demam ok da.. Alhamdulillah ..  hope korang sihat2 je yerp ..slm ukhwah.. mulakan hari mu dengan senyuman beserta doa ..









Doa Berlindung dari Malapetaka

~ Doa yg sentiasa Rasulullah S.A.W amalkan.

“Aku berlindung kepada-Mu dari kedahsyatan bencana, terpelusuk dalam kesengsaraan (pada Hari Kiamat), buruknya takdir serta kedengkian drp pihak musuh.”

(Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a dalam Shahih Al-Bukhari)

Penerangan Doa di atas:

Doa di atas mengandungi 4 permohonan utama:

1- Mohon agar dilindingi dari dahsyatnya bencana & malapetaka. Ianya bermaksud pelbagai cubaan yg diturunkan Allah kpd seseorang semasa di dunia. Ada juga berpendapat ianya miskin harta sedangkan tanggungannya ramai (tak mencukupi). Namun kesimpulan semuanya di atas termasuk dlm kategori bencana & kesusahan.

2- Mohon agar terlindung dari terjatuhnya dalam kesengsaran. Maksud kesengsaraan tersebut adalah sengsara di alam akhirat. Namun doa ini juga termasuk minta diri dilindungi dr apa jua kesengsaraan semasa di dunia.

3- Mohon dielakkan dr termasuk di kalangan mereka yg buruk takdirnya. Ianya adalah umum iaitu meliputi jiwa, harta, keluarga, anak, umur tua, dan juga pada Hari Kebangkitan akhirat nanti. Sebenarnya doa ini minta agar dihindarkan dari keputusan yg buruk pada hari Kiamat nanti...

4- Mohon semoga dijauhi drp dendam & kedengkian pihak musuh yg membuatkan kita tidak aman. Tidak ada nikmat yg paling dikehendaki selain dari hidup aman & tenteram jiiwa.

Kesimpulannya, kita semua wajib mengucapkan rasa syukur & bergantung pada Allah Taala walaupun hakikatnya diri setiap orang Mukmin itu adalah di bawah lindungan Allah. Doa membuatkan kita sentiasa ingat akan Allah & tidak melalpaui batas dalam setiap tindakan yg kita lakukan. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam keadaan lupa melainkan mereka mengingati Allah & diberi peringatan.

Wallaahua'la..  



~sumber~


kol 9.30pg sat gi.. aku ada midterm ..
haa.. doa tambahan pagi ni ..  
Permudahkan laa zacky utk jawab exam nti .. Amin .. ~
thnks  ^_^   baik yer hati korang..
hehe.. 

chaiyok2 zacky ..  yossshh !!

Thursday, May 12, 2011

nak demam la pulak .. ~




setelah berbulan2 aku tak demam.. 
akhir yer..  
sampai gak rindu nk demam ni kat aku .. 
huhuu

aku ni susah nak demam..
tapi bila da demam..
sekali pakej aku dapat.. 
pakej apa ? 


sakit tekak
batuk2..
hingus meleleh2 (ni paling aku tak suka)
selsema..
kepala berdenyut2..
 



Padan muka kauU ..~ muahahaa.. 
 
 

cuaca panas terik rentung skrg ni.. 
35 - 36 darjah celcius .. 
dgr koba punca kepanasan luar biase ni ..
disebabkan oleh berlaku yer Ribut Tropika Aere  kat filipina..
yg meniup angin dari barat daya lalu sampai ke negara ni..

so byk kan minum Air suam/mineral yerp .. korang..
baik utk kesihatan..  

soley2.. 
nk p mkn pnadol sat..
sebelum k'adaan bertamabah lg teruk.. 
sob3..


Wednesday, May 11, 2011

Sekolah Remaja Hamil Penuh

   

JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.

Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.

Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.

Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.

SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.





SEKOLAH Harapan dan Rumah Harapan,
Jasin, memberi perlindungan kepada remaja hamil



 ~sumber~ 


 15 diletakkan dalam senarai menunggu..
 kerajaan ingin meningkatkan penerimaan penghuni.. 
 agak2 la kan.. berapa ramai lagi remaja perempuan kita hamil yang belum  berstatus 'kahwin' .. ?!  



Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik 20 sen ~






Minggu lalu .. 

harga minyak RON 97 naik 20 sen seliter ..  


dan sekarang


Harga gula pula naik 20 sen ..~ 
  
dengan harga asal RM 2.10 kepada RM 2.30  sekilogram .. 
 
akan berkuat kuasa mulai esok .. 10/5/2011 






bagi aku .. 
gula naik tujuan supaya rakyat kurangkan gula..
dan kurang kencing manis.. 

dah bertahun harga rokok naik ..
dengan tujuan kurangkan perokok .. 
tak berjaya pon !!  

Muahahaa..~

Monday, May 9, 2011

Awan Nano ?

                          



Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...wohooo ~




Lagu dendangan Hafiz AF7 , ciptaan sifu M.Nasir  ...  lagu best + terbaik .. lirik lagu ni mempunyai maksud yang sangat mendalam.. suka lagu ni..  selalu dengar lagu ni kat radio jer.. titeba tergerak hati nk tengok video lagu ni kat Youtube .. seperti yang di jangkakan.. memang terbaik .. jalan cerita video die pun  best..    layan ...~

Congrat Man.Utd ..~

tahniah Man.utd ..  menang 2-1 menumpaskan chealshit Chelsea..   walaupun aku sokong Liverpool..  tak semesti yer aku tak blh minat Park Ji Sung kan3.. hahaa.. ~  tp syg , A.Ferguson tak masuk kan Micheal Owen utk membantu barisan serangan mereka..  walaupun ramai yang ckp die kuda tua .. tapi bg aku , die still berbisa ..  :)

banyak peluang yang d'persia2 kan oleh Wayne Rooney dan Hernandez ..  kalau tak , leh sumbat 3,4 biji lagi gol kot..   apa pun mmg terbaik la..    season ni hanpa punya.. season depan Liverpool pulak eh..  muahahahaa...



hebat beb mamat sepet ni ..






Sunday, May 8, 2011

Rojak Mee ...~

anon :  weii jom g mkn rosak ..

Aku :  yang rosak tu kauU bukan makan..

anon :  rojak la bangsat..!! salah eja ngong ...

Aku :  yang bangsat tu kauU bkn aku .. hahahaa.. 


biase laa.. budak zaman sekarang.. bahasa nak kasar je kan .. mana pergi yer bahasa jiwa bangsa kita ni.. ishk3 !! eh2, lame gak aku tak makan rojak .. tapi mee rojak tu mcm mn ? haa senang jer kan.. jom goggle..  :)






ahah.. camtu la rupa paras rojak mee..  tapi tak silap aku ..aku pernah mkn rojak mee ni kat kg aku kota kuala muda nu.. depa panggil 'pasambok' huhu .. sape duk utara angkat tangan ?  :P     waaarghh tetiba rindu kt kg..

jom mkn  rosak rojak.. !!   soley2..


*anon - housemate aku daa... ekeke.. nama di anon kan, bg mengelakkan salah faham ..ngee ~

Saturday, May 7, 2011

Makhluk yang mampu melakukan 3 perkara




Assalammualaikum .. 

kepada semua teman2 blogger..  
aku nak bagitahu tentang keistimewaan seorang makhluk .. 
di mana insan lain taidak mampu melakukan 3 perkara yang makhluk ini mampu lakukan  ..




perkara yang aku maksudkan itu ialah : 

mengandung ..

melahirkan ..

dan

menyusukan ..






Makhluk istimewa itu bergelar IBU... 
  sayangilah ibu kita .. 
curahkan lah kasih sayang kepada ibu kita .. sementara mereka masih ada ..
selamat hari ibu ..
ku ucapakn ..  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...