Tuesday, May 24, 2011

Cat ekor kuda untuk klip video

Perbuatan bintang Disney dikecam hebat

LOS ANGELES: Bintang Disney Selena Gomez dikecam kerana mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran terbaru video klipnya.

Bintang berusia 18 tahun itu dilihat merakam klip video untuk single terbarunya I Love You Like A Love Song di Malibu baru-baru ini dengan kuda berwarna terang.

Namun beliau segera dikecam daripada seorang lagi bintang pop, Pink. Penyanyi lantang Stupid Girls, yang juga seorang penyokong PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) menyelar bintang remaja itu dalam Twitter.

Pink, yang mempunyai empat juta pengikut dalam laman rangkaian sosial itu menulis: “Jika ada mana-mana aktivis di sekitar pantai Malibu di Leo Cabrillo State, ada seekor kuda dicat untuk satu video muzik bodoh. Memalukan.

“Artis sepatutnya lebih sedar dan bertanggungjawab untuk tindakan mereka,” beliau menambah.

Selepas sekumpulan peminat Selena kemudian mempertahankan idola mereka, Pink menghantar mesej lanjut mempertahankan pendapatnya.

“Sama ada anda peminat saya atau sesiapa saja, saya tidak akan berhenti bercakap mengenai kekejaman haiwan.

Bagaimanapun, seorang wakil untuk syarikat rakaman menegaskan tiada haiwan dicederakan ketika penggambaran.

“Adalah penting kepada syarikat produksi, label rakaman dan Gomez bahawa tiada haiwan dicederakan dan semua langkah berjaga-jaga diambil,” kata jurucakap Gomez dalam satu kenyataan kepada majalah People.

“Sejenis cat serbuk berasaskan sayuran, tanpa toksik digunakan dengan berus udara dan boleh ditanggalkan dengan air.





macam2. .~

18 comments:

  1. tagging you..

    http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest.html

    ReplyDelete
  2. ish2..catla kaler biru..xke cantik n menawan tu..hahaha.. =P

    ReplyDelete
  3. ish... edit je lah video tu kasi kuda tu jd pink. ape susah? cat betol2 buat hape? HAHA

    ReplyDelete
  4. mesti comel kan kuda tu color pink =)

    ReplyDelete
  5. adehh..mcm2 btl si selena tue..
    sokong pula sy ngn c pink tue..
    hahaha~

    ReplyDelete
  6. hahahaha , tah hape2 tah . mcm bodo jep !

    ReplyDelete
  7. zacky : adehhh! giler lah kuda kena cat kaler pink..jambu betul...kesian je kuda yam x tau pape tu...

    ReplyDelete
  8. alar..cat jek pon...bukan dia bunuh..huhuhu

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. cat kude wrne pink.. mcm mane la rupenye... kiut kot..

    ReplyDelete
  11. ha.. kena tag kat sini
    http://www.my-shopping2u.com/2011/05/segmen-filem-kreatif-rekaan-blogger.html

    ReplyDelete
  12. selagi binatang tu xdicederakan, xpelah..hehhe..mesti comey kuda pink..hhihih

    ReplyDelete
  13. nak kalekan cam
    anak2 ayam yg ain tgk
    kat kdai haiwan tu ker?

    tomey je warna wrni ank2 aym tu
    *tiba2 pasal ank aym plak*
    hehe

    ReplyDelete
  14. makk aii. pink pulak tu. adess, haha

    ReplyDelete

^_^