Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 1, 2014

Selamat Pengantin Baru Sahabat


Assalammuaalaikum..

Hai. lama tidak ketemu yep 'more than words' !
Di malam yang hening lagi kesunyian ditemani rintik-rintik hujan ..

Ingin ku meluahkan rasa hati yang teruja sangat melihat salah seorang sahabat karib di zaman 'U' dulu ..

Nama dia Atif Aslam ..



Sahabat bersama di kala susah ketika hidup bergelar student..
semingu makan maggie ..
keja part time hantar flyer rumah ke rumah di putrajaya ..
sahabat yang memahami ..
bagi pinjam phone masa baru nak start jiwang dulu .. haha 
seorang yang memahami ..
pergi jamming sama-sama..
pengalaman accident bersama .. 
tunjuk tunjuk ajar main gitar ..

Tahniah Atif .. 
semoga berkekalan bahagia dunia dan akhirat.. 
Amin..



punya la semngat posing ..
sekali mmber bikin troll la kat blakang.. 
hahaa


Ex student Unikl MIAT .. 







Amek berkat ckit tempias pegantin baru .. haha
siapakah ratu puteri salju bakal miliki hati ni ?

berangan neelofa sat..  ngeh3

nice memory ever after..
TQ my frenz...!






Sunday, August 24, 2014

Jauh mana mampu bertahan..




Sejauh mana mampu ku tahan..
Sampai bila harus ku telan..

Sejauh mana mampu ku lari..
Sampai bila harus ku begini.. 

Indah nampak dari luar..
Namun penuh dengan kepalsuan.. 

Walaupun sebegini rupa.. 
Namun aku yakin pada diri.. 

Kerana hati ikhlas menyanyangi.. 
Tanpa mengharapkan pembalasan.. 

Doa dan juga harapan..
Yang terbaik untuk dirinya.. 

Supaya senantiasa bahagia dunia..
akhirat.. 

Amin..





Sunday, July 27, 2014

Sayu hati ini..

Assalammuaalaikum..

Hari ini last puasa di bulan ramdhan.. terasa sayu je hati .. sedih.  Sedih sangat2. Kerana bulan ramadhan yang merupakan bulan rahmat penuh dengan pengampunan akan pergi meningalkan kita..  

Adakah kita akan bertemu lagi di tahun hadapan  ? :'(        

Terasa amal ku ini masih lagi tidak mencukupi.. byk lg yang perlu ku perbaiki...

Namun masa tetap kan terus berjalan.. meningalkan sebuah kenangan suka duka yg terindah di bln ramdhan..

Ku berdoa kepada mu Ya Allah.. Engkau ampunkanlah dosa2 ku ini.. terima lah amal ibadat puasa ku..sepanjang bulan inii.. jumpa kan lah daku bln mulia ini di tahun akan datang.. Aminnn..


Puasa tahun ini aku lengkapi dengan berhijrah ke bintulu sarawak.. demi mencari rezeki dan keredhaan Allah.. aku juga akan mnyambut syawal di sini. Dan ini merupakan kali pertama aku merantau berjauhan dari family sambil mnyambut kedatangan syawal tanpa keluarga tercinta..

Sayu hati ini..
Kerana tidak dapat bersama keluarga di pengakhiran bln mulia ramadhan dan syawal.. doa dalam tangisan sahaja yang dapat ku kirimkan.  :'(

Dendang Perantau*




Wednesday, May 21, 2014

Nasihat Untuk Orang Yang Putus Cinta :')

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.


Thursday, February 6, 2014

Ke Manakah Hilangnya Perikemanusiaan



Assalammuaalaikum ..



ke manakah hilangnya perikemanusiaan?...kenapa ?
 Semoga kita di jauhkan dari sifat yang tak berperikemanusiaan..


Amin ..




Goodbye My Lover -



Assalammuaalaikum ..





Handphone kesanyangan 
yang telah pun di nego tadi ..
Blackberry 9320 ..

sedih pun ada..
namun apa kan daya ku ..
janji pun telah termenterai ..
tak baik memunkiri janji ye adik-adik ..

so dengan lafaz bismillah..
handphone ini telah ku jual ..
Rm230 ..




Goodbye my lover, goodbye my friends.. 
You have been the one.. You have been the one for me.. 
Since dec 2012 =_= sob3 !

Wednesday, February 5, 2014

Robocop






Assalammuaalaikum..


Robocop . nama yang bergitu famous ketika zaman budak hingusan dulu dalam tahun 90-an tak silap .. time tu aku memang suka tengok cerita robocop.. sebab bila aku tengok cerita ni , aku akan berangan angan taik ayam jadi robocop.. bantu orang dalam kesusahan.. tangkap semua orang jahat dalam dunia dan pastikan negara sentiasa berada dalam keadaan terkawal.. hahaa . kuat sungguh imaginasi aku waktu tu ..


Tak silap aku robocop ni ada 3 episode movie . dan mungkin cerita robocop yang baru kua pngung skrg ni akan ada sambungan ye jugak.. biasa la. mat salleh ni bab2 buat duit memang hebak belaka.


kali ni robocop lebih mantap dari segi teknologi berbading yang dulu..macam remake balik la.. dari warna silver jadi warna hitam nampak lagi mutu dan keungguhlan .. cerita ni mengingatkan aku kembali di zaman kanak-kanak . masa tu aku nangis sebab robocop badan dia hancur berkecai masa lwn dengan org jahat..

lagi sedih bila 1st time dia kena jadi robot. badan dia berkecai beb.! pastu professor yang hebak dalam teknologi robot . tiba-tiba datang dan diberikan kepercayaan untuk repair badan dia jadi macma robot ! memang tang menipu bagi je kat mat salleh .

so mamat yang berkecai badan tu . polis ( cop ) org jahat merancang untuk membunuh mamat ni sebab terlampau jujur jadi polis. tak boleh nak rasuah langsung . org jahat ni pun boh la bom kat kereta mamat ni . lalu meletup dan berkecai la badan ..

di repair jadi Half-man robot . di mana otak paru-paru jantung dan muka dia yang tinggal . yang lain semua robot .. menipu habis da ni..

mamat ni pun kembali jadi polis . dan di gelar Robocop !
dan semestinya la mamat ni akan cari balik penjenayah yang rosakan badan dia dulu dan mengambil semua kebahagiaan dia bersama keluarga yang dia sanayangi. nak tahu lagi lanjut tengok la ye ..



Robocop yang hitam sekali pandang macam
Snake eye watak dlm GI Joe



Cerita dengan teknologi terkini. mm bagi aku macam ala-ala cerita movie I,robot
I.robot lagi best kot . 


Rate - 3.5 star ( dikira dari segi sesuka hati sendiri )  =_=





Batu Layar


Assalammuaalaikum ..


Percutian bersama family di batu layar pada hari ahad ritu 2/2/14 .. :-)







nice view..
sampai sana pun lewat dalam jam 6 petang gitu nak senja sudeyh ..
unplanned destination hohoo..


My uncle ..
posing je lebih ni.. hee


with cousin


This is my little cousin..
hye my name Heycarl 


This is my 1st time play at beach


use to study how to swim.. 
hoh !
comel jee..


oke last !
pesanan dari penaja...



sayonara.. 







Tuesday, February 4, 2014

Hati kotor




Jika kata2 kita menyakitkan hati org lain,kotor dan mengotorkan org lain,mungkin hati kita tengah sakit dan kotor



Peringatan untuk diri sendiri juga  ;)




Nasib Pasangan di Sweden




Assalammuaalaikum ...



Baru-baru ni kita di gemparkan dengan kabar berita pasangan ditahan di sweden kerana memukul anak sebab tidak solat ..

Apa kes ?

rasa simpati sangat-sangat terhadap pasangan ni .. mereka memainkan perasanan sebagai ibu bapa ,untuk pendidik dan juga membentuk anak mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada agama negara dan juga bangsa satu hari nanti . Namun mereka ditahan dan dikabarkan peluang nipis bagi mereka di bebaskan ..



Pasangan suami isteri di tahan reman
Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal



mereka tak nampak langsung kena dera ..
tak ada sedikit pun kesan bengkak atau lebam ..
ibu bapa meerka memukul untuk mendidik 
bukan mendera.. 



Namun apa kan daya peraturan dan undang-undang negara bukan islam telah menetapkan hukuman tersebut. 

-> marilah kita sama-sama mendoakan semoga di permudahkan segala urusan pasangan suapaya dapat kembali ke Malaysia berjumpa keluarga dengan anak yang dicintai  aminn 



Friday, January 31, 2014

Unemployment


Assalammuaalaikum ..

Hi,

Bermualalah cuti tanpa gaji aku start ini hari. waa bosan -
aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan telah pun hantar resign letter hari selasa rituu .. Alhamdulillah ,. semuanya selesai dan sekarang hanya menungu kerja baru memangil .. InsyaALLAH kalau ada rezeki ..  ^_^






waa da cuci tangan bro ! haha



sayonara 



Tuesday, January 28, 2014

Bubur


Assalammuaalaikum ..




kepada sesiapa yang stay area JB .. 
agak-agak macam nak layan bubur di malam hari ..
aku suggest kan pergi ke stulang laut .. 
near to the zon..

ada satu kedai port jual bubur ..
macam-macam bubuar ada .. 
antara nya my fevret .. 

bubur daging ! yohoo ..








Sunday, January 12, 2014

Penghibur Jalanan


Assalammuaalaikum ...




Mencari pendapatan dengan menjadi Penghibur Jalanan
Lokasi : Stulang Laut JB 
Masa : 1 Pagi 



Kita mesti pernah kan mengalami keadaan seperti ketika menjamu selera di restoran-restoran atau kedai makan di mana-mana . ada muncul nya orang memintak sedekah . 

Tak kira la tua ke, muda ke , budak ke .. yang selalu aku alami adalah budak perempuan . umur linkungan belasan tahun gitu . dan ada jugak jumpa budak perempuan sama yang pernah aku jumpa di sepang masa bergelar student dulu di sini .. agak terkejut . hmm .

Bila ditanya tak sekolah ke dik ? "dia jawab sekolah pagi . malam memungut hasil sumbangan pakcik makcik" .. 

ooo begitu. actually aku ni agak ragu-ragu untuk memberi sedekah .sebab takut cuma memberi kekeyangan kepada agen-agen yang memegang budak-budak ni .. haiyoo 


Ustaz Azhar Idrus ..
mengatakan . "kalau kita memberi sedekah kepada orang yang menipu kita. kita dapat 2 pahala. iaitu pahala sedekah dan pahala di tipu ..  :) "


sedekah merupakan saham akhirat .. 



sayonara..







Thursday, January 2, 2014

Fujiflm Instax 8


Assalammuaalaikum ...


INSTAX 8




- merupakan sebuah kamera polaroid dimana bila kita petik je kamera terus keluar filem .. dan dengan beberapa minit je tungu filem tu berubah menjadi gambar ..  waa menarik kan ..

actually kamera polaroid ni lama da dicipta sejak 1970 mengikut kata  en wikipedia  ..
namun semenjak dua menjak ni .. kamera ini menjadi tarikan kepada masyarakat atau penduduk dunia zaman sekarang yang iginkan kelainan kata nya .. kata siapakah ? itu aku tak pasti. hee

kamera versi fujifilm INSTAX terdapat banyak model ..  model-model tersebut disusun mengikut angkat nombor .dan no yang paling tinggi merupakan model yang paling bagus .  ini bedasarkan apa yang aku tahu la ..


- Instax 7s
- Instax 8
- Instax 25
- Instax 50s
- Instax 210



so cerita nya bermula .. :-


aku da mula berminat pada kamera polaroid ini sejak bulan jun lagi bila aku ternampak ada seorang staff yang juga merupakan ibu mempunyai anak yang baru 1 tahun di tempat aku praktikal  . dia beli filem polaroid dengan harga Rm 35  untuk 10 keping filem/gambar..

aku jadi macam. eh ... asal mahal sangat ek ?! makin banyak persoalan timbul kat fikiran aku .. apabila persoalan-persoalan ini timbul . aku mula ingin mengambil tahu lebih mendalam tentang kamera polaroid  , dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada seorang staff yang aku kenal tu . dia kata kamera ni unik , gambar yang dihasilkan pun kecil dan senang di simpan untuk buat kenangan mengambil gambar anak dia supaya boleh diratapi bila masa-masa akan datang ..

walaupun harga filem ini mahal . namun ia amat bermakna bagi beliau .. yela kan , kita sedia maklum gambar dapat menceritakan 1001 kisah . kan kan kan



24-28/12/2013

nak dicarikan cerita nya lagi .

pada pengakhiran bulan lepas , aku da mula ingin memiliki sebuah kamera polaroid Instax8.. aku mencari kat
mudah.my . tapi , mm yela kan used item ni agak was-was cikit dengan fungsi 100% dia. lagi satu aku ingin warna biru ! memang tak la kan nak jumpa.. barang nak second pastu nak demand colour bagai lak tu . haisshh .. zacky zacky ..

so aku decide cari sekitar bandar JB .. fuyoo harga agak tak mampu nak milik sangat la kan .. biasalah benda jual kat shopping mall ni memang dia akan cas termasuk sekali dengan sewa monthly kat mall tu la kan jawabnya .. bukan tak ada duit nak beli . tapi biarlah padan dengan harga . takut nanti bila da beli menyesal la pulak kenapa la tak macam ini .. kenapa la tak macam tu .. macam la bagai nanti .. =_+



29/12/2013

bila usaha sudah sampai di penhujung nya ..aku da nak naik fade-up kotw.  aku da pasrah . maybe itu la harga yang paling murah kat JB ni .. hoho.. pasrah ye ayat
masa ni aku da tak fikir pasal harga .. aku cuma fikir macam mana nak guna kamera polaroid ni kalau aku da beli nanti .. terus klik youtube ~ klik punya klik .. tadaaaa






do you see it ?! 



kalau tengok dari segi cara dia bergambar . ia seperti ingin menunjukkan perbezaan atau cara yang betul menggunakan Instax8 ..  so who are this girl ?

try cari dengan menggunakan nama account youtube dia.. then finally found it at google search -
dari google terus ke fb . ouh, rupa-rupa ini perempuan buat peniagaan kamera Instax online la ..

tengok harga compare kan dengan harga kat sini . memang.. beza banyak . hari tu dan saat tu jugak aku msg dia kat fb . bertanyakan harga . bila da setuju malam tu jugak aku bank in duit .. haha gila gelojoh kau !



2/1/2014

Tahun baru dengan kamera polaroid baru . hamboii .. hehe.
kamera Instax8 aku telah pun sampai ke destinasi . safely arrived !  ^_^  Yey !


Thanks you to miss saffawati's 




soo kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal kamera Instax ini .. boleh la meruju kepada beliau yang juga merupakan business online Instax ..  Saffawati.shop
                 @
Facebook beliau  Saffwati's Blog





 - Old photos bring back memories but memories bring back you - 








In Relationship ... ~



Assalammuaalaikum ...








In Relationship - Meaning of special partner in human nature life that people called LOVE !



so Let's talk about human love ..

Ehem-ehem.. malam ini aku tak dapat tidur. baru je lepas blogwalking dengan bersahaja mencari ilmu or cerita yang boleh dikongsikan daripada teman-teman blogger sekalian .. salah satu entry yang kebetulan aku baca ialah berkaitan dengan ! CINTA !  blogger itu perempuan .. dia menyalahkan lelaki (ex bf) kerana mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka oleh kerana kehadiran orang ketiga . dengan alasan "perempuan itu terlampau baik bagi dia" ... 

Beliau macam tak puas hati , sering tertanya kepada diri dia.. "bagus la dapat yang baik so nak yang macam mana lagi . kenapa perlu ada orang lain sedangkan aku tak pernah buat salah kepada kau langsung "  .... 


okey, ini pendapat aku dalam situasi begini  :-
perlu di ingat ..

kadangkala..
tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.. tidak semua yang kita impikan akan sentiasa bersama kita ..

Bawasanya..
hati dan perasaan kita tidak boleh dipaksa untuk mencintai atau menyukai seseorang  kerana cinta itu pilihan dan bukan paksaan

kita juga tak boleh metipu hati sendiri hnaya untuk kebaikan orang lain bagi mengelak perasaan kecewa dan hampa kerana kita.. kelak nanti kita juga akan menyesal ..



key point 

- tak boleh menipu 
-tak boleh dipaksa

mean 'kejujuran itu penting'

so tak perlu menyalahkan seseorang oleh kerana dia telah memilih orang lain walaupun orang tersebut baru sahaja dia kenali . maybe orang yang dia pilih merupakan jodoh yang telah tertulis untuk dia di luth mahfuz sejak azali lagi . ^_^ 




/\ /\
 .||     ||.

SEKUAT mana kita setia...SEHEBAT mana kita merancang...SELAMA mana kita menunggu...SEKERAS mana kita bersabar...SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...SELAMA mana kita bertahan bersamanya...




Bila kita sebut tentang jodoh ..

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.  ^_^  
Keyakinan itu amat penting disini ye..





Jika benarlah dia bukan dicipta untuk aku . maka aku akan usaha sedaya upaya untuk membuat dia tersenyum walaupun hanya untuk seketika .

usahalah selagi kita mampu. dan seterusnya serahkan segala-gala urusan kepada maha mengetahui lagi maha mengasihi .. ALLAH SWT ~




- End -
Tido






Wednesday, January 1, 2014

BERHATI-HATI KEPADA YANG BANYAK BERCAKAP !!


Assalammuaalaikum.....
( peace be upon you )





Dalam satu hadis  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang mulia bersabda :Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (HR. Tirmizi)


Key Point : 
- Kurang bercakap
- Hati menjadi keras jika banyak bercakap
- Orang yang paling jauh dengan ALLAH adalah orang yang hati nya keras



Dalam kehidupan kita.  kita sebagai seorang ibu, ayah, abang, adik , majikan , bos , pekerja . kita tak dapat lari dari bercakap . bukan tak boleh bercakap. persoalanya sekarang ialah adakah percakapan harian kita ini dapat mengingatkan kita kepada ALLAH atau tidak .

contoh :

ketika selepas makan:  " ALHAMDULILLAH, syukur atas kenikmatan rezeki limpaha daripada ALLAH "

ketika berjaya dalam urusan : "ALHAMDULILLAH dengan usaha dan bantuan ALLAH kita berjaya juga akhirnya"

Ketika memulakan segala pekerjaan : "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" pemudahkanlah segala urusan ku ini ya ALLAH"

dll ..

Hadis ini amat penting untuk kita sama-sama memikirkan bagaimana untuk mengelakkan supaya hati kita tidak keras .

Kita sebagai sebagai manusia sentiasa meninginkan ALLAH berada dekat bersama kita supaya kita dapat berdoa ketika lepas solat 5 waktu sehari setiap hari sehinggakan pengakhiran hayat kita .sebagai ibu kita ingin mendoakan untuk anak-anak dan kebahagiaan mereka, ayah ingin mendoakan kesejahteraan keluarga , majikan ingin mendoakan supaya urusan pekerja dan syarikat beliau dipermudahkan segala urusan .

Namun bila hati keras ialah orang yang paling jauh dengan ALLAH .   =_=

Alangkah rugi nya bila ia nya berlaku ..

Kesimpulanya di sini elakkan diri kita ini daripada bergosip , mengata orang sana sini . berkata-kata dengan sia-sia . jaga lah seluruh percakapan kita supaya hati kita tidak keras dan kita tidak jauh dengan ALLAH .. Wallahu’alam bissawab..

Peringatan untuk diri sendiri juga :)





Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.





wohoo ~~ 

happy new year !!! 

! 2014 !

Klik banner untuk bloglist beliau ... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...