Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 25, 2020

Penat


Pada suatu ketika, kau tak mampu lagi menipu diri sendiri. Selama kau hidup berpuluh tahun tak terucap berapa kali jiwa kau remuk dan hancur.

Berterusan hidup kau dihentam dengan permasalahan yang berat. Malah, kian bersambung keperitan yang mengelirukan fikiran akan soal hikmah disebalik-bertalu talunya panahan ujian.

Sepertinya, kau merasakan mungkin nasib kau bergitu yang tidak kau temui akan munculnya pelangi selepas hujan sebagai gantian.

Sebab kau sudah lama terperuk dalam pergelutan yang memaksa untuk kau bangkit dan tersenyum, di saat kau belum melayari bahtera kebahagiaan sebenar yang kau mahu.

Sering kau mengatakan kau penat.
Tapi kau masih berada di sini dan bersungguh memohon pertolongan Tuhan.
Bukan senang untuk terima bila banyak kali kau kecewa.
Tuhan jadi kan kau istimewa, yang sanggup berhadapan segala rintangan.
Berbahagialah, kerana kau salah seorang yang Tuhan tinggikan darjat.


25012020
0818

Thursday, January 23, 2020

Doa & Redha

Dalam video ceramah Nouman Ali Khan tentang macam mana doa bekerja, dia ada bagitau yang doa ni adalah perbualan hamba dgn tuhan dan bukan semata mata permintaan hamba kepada Allah. Tapi dalam perbualan tu adalah permintaan hamba kepada Allah.

Konsep dia, kalau hamba meminta pada tuan dia, yakni Allah, bagi tak bagi tu terserah kepada Allah lah. Lain beza dia kalau kita faham konsep ni, antara berbual dan meminta. Kadang kadang kita ni kalau meminta sesuatu, macam kita paksa Allah bagi kita apa yg kita nak sedangkan Allah lebih tahu apa yg kita nak tu baik atau buruk buat kita.

Tapi kalau kita berbual, perasaan tu rasa macam, somehow rasa macam Allah tu ada dan Dia akan jaga aku. Tak semestinya apa yg aku minta ni yg akan keluarkan aku dari masalah aku sedangkan Allah boleh wujudkan 1001 asbab lain utk keluarkan aku dari belenggu masalah ni.

Ustazah Asma Harun ada ajar kalau kita berdoa, akhiri doa kita dgn menyatakan andai ini yg terbaik buat aku, maka mudahkanlah urusanku dan andai ini buruk buat aku, redhakanlah aku menerima takdirMu. Mungkin dengan lafaz ini, Allah rendahkan ego kita untuk dapatkan apa yg kita nak dan Dia beri kita ketenangan dalam berdoa dan yakin pada Nya 😊





23012020
1533
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...