Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 15, 2010

aNjakn paradiGma !!

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA‘ tapi hampeh, hasilnya … macam ‘TAK DATANG‘ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita
‘BUSY’ giler, rupanya kita … hanya ‘KELAM KABUT‘.

3. Adakala kita rasa kita
‘PERIHATIN’, tapi rupanya kita … ‘BUSY BODY’.

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED’ and ‘OUTSPOKEN‘ tapi rupanya kita … KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada …KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
‘LEBIH MESRA‘ tapi rupanya kita di lihat lebih … ‘MENGADA-ADA’

7. Adakala kita suka bertanya
‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE?’, adalah lebih baik kita Tanya … ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?‘

Cubalah renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera tapi manusia tetap manusia, sukar nak berubah . Kenapa ye? Jawapannya … Kerana kita selalu berperasaan kita memang dah cukup baik dan aku tak peduli..So what?

Oleh itu marilah kita mula usaha untuk jadi lebih baik. Kita bina keceriaan, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengan PhD (Penyakit hasad Dengki), nasib la sebab kita SENDIRI PILIH jalan yang malang.
Perkara pertama yang perlu kita betulkan ialah NIAT bekerja sebenarnya untuk apa? Dunia ini ada TUANnya yang sentiasa melihat dan mengadili kita. Yakinlah kalau kita tak mahu BERUBAH …kita pasti akan DIUBAH. Buanglah EGO kerana ianya sebahagaian dari nafsu yang buruk. Gantilah dengan sifat tawadhuk.

Seorang pernah bertanya kepada seorang ulamak,
" Mana yang lebih bahaya di antara IBLIS dan NAFSU?" Jawab beliau, " Yang menjadikan IBLIS itu IBLIS ialah kerana NAFSU@egonya!"




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Alhamdulillah..terkesan hati ku membaca sajak ini.. yakinlah duhai diri..walau langkah mu rapuh ..walau kau jatuh terjelepuk menyembah bumi dalam langkahmu sekalipun..Allah akan sentiasa menghulurkan tanganNya agar kau bangun semula dari kejatuhan itu..Dia sentiasa memanggilmu dari kejauhan..campakkan ketepi..buang jauhhh2 batu hitam yang besar di hadapanmu..buang belenggu itu jauhh2 yang menghalangmu utk terus melangkah.. lontarkan belenggu hitam di jiwamu agar kau bisa melihat ada cahaya di atas cahaya di penghujung langkahmu ini..bangun!! bangun duhai diri..ALLAHUAKBAR.ALLAHUAKBAR.ALLAHUAKBAR

~suara dari relung-relung hati~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...