FEILIM MAC AN IOMAIRE berdiri di depan papan iklan yang mempromosikan dirinya yang meminta pekerjaan di sebatang jalan raya di Dublin, Ireland kelmarin.
Lulusan Universiti National Ireland di Galway itu menjadi perbualan ramai di laman Twiter dan Facebook selepas papan iklan tersebut dipasang di sini.
Dia kembali ke Ireland pada Ogos 2010 selepas setahun bekerja di Australia sebagai ejen pelancongan dan penyelaras majlis di sebuah hostel di Sydney.
Namun, dia kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan disebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Ireland iaitu hampir 15 peratus.
Dia tinggal bersama ibu bapanya dan mendapat bantuan kebajikan £160 (RM788) seminggu.
Perasaan kecewanya itu kemudian bertukar menjadi sumber inspirasi untuknya menghasilkan papan iklan tersebut.
Pada April lalu, dia membeli beberapa gambar dari sebuah agensi Indonesia, mencari pelukis pereka grafik dan jurugambar tanpa dikenakan sebarang bayaran dan berbincang dengan sebuah agensi pengiklan terbesar untuk medapatkan ruang memasang papan iklannya.
Papan iklan itu di sebatang jalan raya di sini telah menarik perhatian ramai kerana dianggap sebagai idea pemasaran diri yang terbaik.
Dia kini berharap akan memperoleh pekerjaan menjelang akhir bulan ini selepas menerima puluhan tawaran temu duga..
p/s : hebat kan ? kreatif . . semangat macam ni lah yang kita nak ... hehe .. kepada penganggur yang tanam buah anggur tu.. sila buat papan iklan anda sekarang.. :P
nak seribu daya..tanak seribu dalih..
13 comments:
ada daya, ada usaha, pasti berjaya :)
tak terpikir plak idea neh..hehe memang kreatif la..tapi mahal plak iklan tuh dekat RM8000 bro tuh abeskan huhu..
Rtp Farra Arisha : hehee .. btol3..
syuxer : hahaa.. die byk duit kot.. ala buat banner besau2 pn xpe.. hehe
kalau kat Malaysia macam ni,memang penuh tanda iklan sebab ramai menganggur
wan : hehe.. tula psl... tampal banner kt giant jerla .. nanti dpt kje kt giant.. :P
bagus sekali idea nih kan..sgt kreatif..
err , agak gi-la tapi class dowh ! hahaha
adeh,sian .. kena wt iklan plak
klu tau, i buat mcm ni dlu...msti brebut org nk bg keja..xde la seksa cari kerja lps grad:)
kat msia begune ke idea ni. -.-
nak buat juga la..
dok tengah cari keja gak ni hehe
kat malaysia xde spe sanggup bt mcm ni..risiko tinggi tu..
tp spe2 yg suka sahut cbrn tu ok je..huhu
Post a Comment