Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 1, 2020

Munajat Ramadan


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya ‘alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar daripada semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yangg baik-baik utk diri kami.  Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu utk kami ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil…
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak berdosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah.
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu. Ya Allah…ya Rahman, pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah.
Ya Allah…
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik; dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah…Ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah kami daripada sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim…
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.
Ya Allah Ya Malikal Mulk.
Ya Razak…Ya Fattahu Ya ‘Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah…
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.

Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah…Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah, janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan dtg.
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah. Jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di malam al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abad. Kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya.

Aamiin3 ya rabbal’aalamiin...

Sunday, April 12, 2020

Jahil

Assalamualaikum

Hai..
Sedar tak sedar kita hampir kepada bulan ramdahan.. Allahuakbar.. Cepat sangat masa berlalu. Sefeoar itulah juga perubahan peruabhan dalam kehidupan aku berlaku.. Pada hari ini aku tak tidur seharian.. Fikiran melayang melayan diri.

Aku termenung.. Sanbil fikir. Tiba tiba air mata aku mengalir deras laju mebyentuh pipi..
Tersentak..
Ya Allah.. Aku banyak sangat dosa.. Jahil sangat.. Banyak lalai dan melakukan perkara zina terhadap Mu Ya Rabb..
Aku malu sangat.. Ya Allah jika bukan kerana engkau menukup aib ku. Maka aku tidak berdaya menjalanu kehidupan ini kerana akan malunya terhadap dosaku..

Maka nkmat yang manakah kamu dustakan? Nangis 😭😭


Sedar lah wahau kawan..
Dunia ini semenrara.
Akhirat juga selamanya .
Taubatlah kawan
Semoga Allah mengampuni dosa mu yang lalu...


Sedarkah akan kita
Ramadhan kali ini tidak seperti sebelumnya . Ternyata kita masib dalam rempuh PKP.. Quarantine diri dln rumah demi kesihatan masing2..
Masjid sudah tiada terawih.. Umrah dan juga haji kemungkinan dibatalkan..
Allah. Akhir zaman betul da kita ni..
Dah prepare ke amalan?
Cukup ke semua bekalan?
Dah taubat je? Atau masih leka dan lalai?

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar




Friday, March 27, 2020

Rehat

Assalamualaikum 

Hai sawang sawang
Apa kabar? Sihat? 😌

Hurm setelah sekian lama berehat. Mungkin kali ini aku akan kerap update my blog.. Huhu. Maklum lah sebab kuarantin untill tak tahu sampai bila. Apa pun yang terjadi.. Masa ini lah untuk kita semua munasabah diri berehat dari segala perkara.. Namun tingkatkan ibadah kita kepada Allah.. Ingat tu..

Hidup ini adalah sebuah perjalanan.. Dan dunia ini ialah sebuah persinggahan akhirat kekal selamanya.. Kadang kita rasa penat sangat lelah dengan perkara menimpah diri kita.. Bila mana semua perkara yang kita impikan tidak jadi kenyataan.. Kita stress kita depression kita hilang arah tuju tekanan yang berulang kali belenggu diri.. Di situ kita perlukan hentian rehat.. Rehat la kawan! Tenangkan diri. Ambil lah masa seberapa banyak yang anda mahukan.. 

Rehatlah supaya tiada tidak lagi menyeksa diri dan juga orang lain. Hentikan dan cegah lah ia sebelum jadi lebih kritikal.. 

Allah.
rindu sangat mak aku..sangat2.. 
Aku tak dapat bayangkan jika aku kehilangannya dalam hidup. Suatu penyesalan yang teramat sangat.. Banyak sgt aku abaikan tanggungjawab sbg seorang anak.. Lagi masa covid ni nak balik pun tarak boleh..  Sadis.

Kepada mereka yang masih ada ibu.. Kalian jaga la baik2 ..Sesungguhnya doa seorang ibu amat hebat nilainya.. Hargailah mereka k! 


Kenangan terindah 




Jom rehat.. ☺️ 
Sayonara 

Wednesday, February 19, 2020

Hargai

Assalamualaikum

Hai laman sesawang.
Kali ini aku ingin ceritakan tentang hargai.

Ok bagi pendapat aku. Apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ia akan melibatkan dengan masa. Ya masa!  Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Rugi sangat2 jika kita ambil isu ini dengan leka.

Masa terbagi kpd 3
Masa lalu masa kini dan masa depan. Namun apa yang kita sudah tahu ialah akan masa lalu, ambil la pengajaran dari kisah silam kita. Supaya kita lebih matang hadapi kehidupan di masa depan. Masa kini iaalah anugerah daripada Allah untuk kita terus usaha ke depan ubah untuk kebaikan dan redha Allah.. Buat amal kebaikan seberapa byk yang boleh. Dan untuk masa depan pula.. Apa yang kita semai benih pada hari ini itulah masa depan kita. Usaha tangga kejayaan. Ada juga masa depan yang tidak dapat kita ramal seperti sakit jodoh rezeki dan mati. Sentiasa ingat mati supaya kita selalu dekat dengan Allah..

Dalam masa juga mempunyai kehidupan makhluk sama ada antara manusia atau sebaliknya. Hargai lah mereka. Jangan  sakitkan hati sesiapa pun lebih2 lagi orang yang dekat dengan kita.. Maaf kan lah kesalahan orang yang sakitkan hati kita. Supaya dada kita lapang. Berikanlah mereka kepercayaan kepada anda bukan sebaliknya. Sebab kepercayaan bila sudah dimingkiri ia susah untuk terima kembali..  Kenali lah diri supaya tak sombong dan ego untuk selalu minta maaf.

Dan pesanan terkhir ialah.
Jangan bila mereka sudah tiada kita mula ingin hargai..
Lebih2 lagi melibatkan hati dan perasaan.
Sebab kita takkan jumpa lagi peluang yang sama
Untuk berkali kali setelah kita khianati..





Sayonara,






Friday, February 14, 2020

Takut


ku takuti janji yang tak dimakburi
ku takut masalah yang menanti
ku takut segala yang ku kan hadap
hidup ini gila memang gila babi


ku takuti nafasku dicuri
ku takuti kamu dan diri ini
segala cabaran yang aku bakal tempuhi
ku takuti segalanya di dunia ini


masih ada lagi masa untuk
lihat dunia berputar tapi
masa kita sangat suntuk
ku takut jika ita tidak cukup nanti


kalau aku sudah lupa janji
yang pernah aku janjikan itu
tolong maafkan aku..



Saturday, January 25, 2020

Penat


Pada suatu ketika, kau tak mampu lagi menipu diri sendiri. Selama kau hidup berpuluh tahun tak terucap berapa kali jiwa kau remuk dan hancur.

Berterusan hidup kau dihentam dengan permasalahan yang berat. Malah, kian bersambung keperitan yang mengelirukan fikiran akan soal hikmah disebalik-bertalu talunya panahan ujian.

Sepertinya, kau merasakan mungkin nasib kau bergitu yang tidak kau temui akan munculnya pelangi selepas hujan sebagai gantian.

Sebab kau sudah lama terperuk dalam pergelutan yang memaksa untuk kau bangkit dan tersenyum, di saat kau belum melayari bahtera kebahagiaan sebenar yang kau mahu.

Sering kau mengatakan kau penat.
Tapi kau masih berada di sini dan bersungguh memohon pertolongan Tuhan.
Bukan senang untuk terima bila banyak kali kau kecewa.
Tuhan jadi kan kau istimewa, yang sanggup berhadapan segala rintangan.
Berbahagialah, kerana kau salah seorang yang Tuhan tinggikan darjat.


25012020
0818

Thursday, January 23, 2020

Doa & Redha

Dalam video ceramah Nouman Ali Khan tentang macam mana doa bekerja, dia ada bagitau yang doa ni adalah perbualan hamba dgn tuhan dan bukan semata mata permintaan hamba kepada Allah. Tapi dalam perbualan tu adalah permintaan hamba kepada Allah.

Konsep dia, kalau hamba meminta pada tuan dia, yakni Allah, bagi tak bagi tu terserah kepada Allah lah. Lain beza dia kalau kita faham konsep ni, antara berbual dan meminta. Kadang kadang kita ni kalau meminta sesuatu, macam kita paksa Allah bagi kita apa yg kita nak sedangkan Allah lebih tahu apa yg kita nak tu baik atau buruk buat kita.

Tapi kalau kita berbual, perasaan tu rasa macam, somehow rasa macam Allah tu ada dan Dia akan jaga aku. Tak semestinya apa yg aku minta ni yg akan keluarkan aku dari masalah aku sedangkan Allah boleh wujudkan 1001 asbab lain utk keluarkan aku dari belenggu masalah ni.

Ustazah Asma Harun ada ajar kalau kita berdoa, akhiri doa kita dgn menyatakan andai ini yg terbaik buat aku, maka mudahkanlah urusanku dan andai ini buruk buat aku, redhakanlah aku menerima takdirMu. Mungkin dengan lafaz ini, Allah rendahkan ego kita untuk dapatkan apa yg kita nak dan Dia beri kita ketenangan dalam berdoa dan yakin pada Nya 😊





23012020
1533

Friday, December 13, 2019

Luahan Hati

Assalamualaikum

Kisah berlaku pada hari ni.. Kita pergi ke kedai makan dengan harapan dapat memberi sedikit sumber kepuasan dalam suatu makanan yang bernama nasi kandar.  Ok lah! At the 1st. Kedai agak ok dan ramai orang macam biasa.. Tp ada perkara yang aku kurang minat di situ.. Harga yang agak mahal dan ayam goreng dan lauk lain lari dari expectation sendiri.. Cuma biasa biasa jela..
But then aku tak dapat habis kan makanan.. Aku beri ke kucing..

Banyak juga la.. Owner kedai tu datang ke table aku then halau kucing tu pastu marah aku.. Dia cakap.. Kenapa beri makan? Siapa nak lap lantai ni?  Muka aku terus berubah pandang dia.. Tanpa berbicara.. Oh ok la maybe my mistake, dlm dalam hati terasa la juga kita tgh makan dia leh pula datang marah2 cmtu ke layan customer.. Pastu lantai kedai tu xde la bersih sgt ada je tmpt lain yang kotor bekas air teh jatuh roti canai dak belakang bagi ke kucing.. Mood spoil gila vavi!

1st tlime kena marah time makan..dengan Owner kedai lak tu 🀦‍♂️
Ikut hati nak je amek mop.. Lap lantai kasi dia puas hati.. Then aku bayar tanpa berbicara dan mulakan perjalanan balik ke pangkal jalan.. Kesimpulannya ialah bila kita marah kita kena lebih byk diam dari berbicara Takut2 perkara lebih teruk akan terjadi..

Aku tak cakap aku baik.
Tapi baik beredar dari bagi jari..
Maybe ini ujian bagi aku pada hari jumaat ni.
Buat pecinta kucing yg mmg sllu pn bagi makan ke depa
Kalau kat kedai makan..
Cuma hari ni bagi makan tapi kena marah. Haha..
Orait settle sesi luahan..


Sayonara,
13122019
1229



Saturday, December 7, 2019

Nilai

Assalamualaikum..


Nilai suatu berang dan makanan terletak pada harga berapa duit yang perlu di berikan untuk kita dapat barangan tersebut. Namun bagaimana untuk kita menilai seseorang?

Ada satu cerita yang masyhur tentang soalan seorang guru kepada anak muridnya ;
Ada dua jenis manusia, seorang manusia ni dia kuat ibadat namun akhlak dia kurang, dia sombong dia cakap dengan marah.. Lagi seorang lagi dia kurang ibadah, tapi akhlak dia bagus sopan hormati orang tua.. Guru ni pun bertanya 'siapa paling bagus'?  Anak muridnya blur dan tidak dapat jawab soalan tersebut.

So guru tu jawab dua dua bagus.. Sebab apa dua dua bagus? Orang pertama ni mungkin Allah akan bagi hidayah kepada dia maka dia punya akhlak apa yang dia tak buat selama ini dia buat.. Orang yang kedua pula Allah akan ubah, Allah akan bagi kefahaman kepada dia yang dia kurang ibadah menjadi lebih ibadah kepada Allah.. So guru ni tanya lagi siapa la lebih teruk antaran keduanya ini?

Sebenarnya orang yang paling teruk adalah orang ketiga.. Siapakah gerangan?
Kita. !!
Kita sering menghukum orang kita lihat orang ini kurang ibadah kita mengata cakap belakang dengan perkataan yang ber macam macam.. Mahu secara direct or in direct.. Kesimpulannya ialah jangan menghukum orang lihat diri kita dahulu insafi diri kita semoga kita dapat beribadah dengan kukuh..






I hate myself


Dear Myself,


I know this is not the stuff that we talk in public. But make this as a little secret between you and me. Its me and you things.

I hate myself. You are not alone.! I hate myself too..
I hate that i keep telling myself that i want to be better and get more better, but again i always find myself trying to fine for the perfect time. Until it was never..

I hate how i keep giving myself fake motivation and i hate how those fake motivation keep me floats and drowns at the same time. But what can i do about it? You tell me what can i do about it? What can i do to help myself if everybody else is busy figuring out themselves. 

Perfect time? Doesn't exist...



Tuesday, December 3, 2019

Gelap







Should've stayed, were there signs, I ignored?
Can I help you, not to hurt, anymore?





Tuesday, October 8, 2019

Istikarah Cinta

Assalamuaalaikum..

Pada hari ni aku ingin berbicara cinta. Cewah!  Hidup tanpa cinta pasti hampa lebih-lebih lagi kita sangat memerlukan cinta dari Allah..  Tiada apa yang kita cari melainkan redha dan kasih sayang  Allah.. Bila Allah sayang Insyaallah hidup berjaya dunia akhirat..

Ada apa dengan cinta?

Cinta ialah kasih sayang. Cinta ialah pengorbanan. Cinta ialah Kenyakinan dan cinta juga merupakan keikhlasan.. Ada juga perpatah mengatakan "kadang cinta tak semestinya memiliki".. Deep bro deep!
Di situ memerlukan keredhaan dan iman yang kuat serta yakin ketentuan Allah.. Bila mana kita dh iktihar tawakal dan juga doa yang lain serahkan kepada Allah..

Ketentuan milik Allah dan usaha milik kita..
Kita diberikan akal supaya dpt menilai baik buruk suatu perkara..
Setiap keputusan memerlukan penelitian yang dalam..
Memeluk tadir pada diri dari setiap permulaan dan juga pengakhiran..
Apa pun juga keputusan tetap terima walau jujur nya tak keruan..

Kepada seseorang yang mengenali diri ini..
Saya mohon maaf sangat sangat jika ada terkasar bahasa..
Salah silap yang kadang tidak perasan..
Apa pun yang terjadi saya doakan kebaikan untuk kita bersama..
Semoga bahagia dunia akhirat..


Malaikat diberikan akal tanpa nafsu
Binatang diberikan nafsu dan tanpa akal
Dan Manusia pula diberikan nafsu dan akal..

Maka bila.mana manusia beriman Insyaallah ia akan lebih mulia dari malaikat.
Renung renung dan selamat beramal.






08102019
1153

Friday, June 7, 2019

Perkataan

Assalamualaikum 

Kata kata atau perkataan yang sering kita ucapkan merupakan doa. So dalam erti kata lain perkataan yang kita lemparkan kepada diri kita atau pun orang lain merupakan satu doa. Perkataan dan kata kata yang baik inn shaa Allah  akan dapat perkara yang baik. 

Dengan itu saudara, jaga la kata kata kita dan perkataan kita sebaiknya ia juga boleh menjadi psychology pada diri kita. Contoh la kan kalau kita cakap "tak boleh" mean sampai bila bila la kita tak boleh.. Nampak tak kesan dia? Kesan kepada fikiran kita sendiri.. Sebab kata kata tu la yang selalu bermain di fikiran. 

Berhati hati juga dalam berkata-kata. Bila kita kata kita "sayang dia".. It's mean a lot and more than words can describe bout it..  So jangan mudah mengatakan sayang kepada seseorang jikalau hati belum betul betul bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya. Ia akan melibatkan tentang hati dan perasaan pula. 

Key point ialah jadi macam perkataan ini 
"i meant what i said" 

Pepatah pepatung juga ada mengatakan terlajak perahu boleh berundur, 
terlajak kata-kata buruk padahnya..

Selamat Hari Raya.. 
Right me when im wrong and love me when im gone.. 




Sayonara,
Syawal-3 
07062019

0817

Tuesday, April 30, 2019

End of April

Assalamualaikum 

Wahh sedar tak sedar hari ni da 30 april 2019. Pantas masa berlalu sepantas itu la aku kejar masa πŸ˜…..  Dan dalam mingu depan pada 6 mei 2019 kita akan menyambut kedatangan bulan mulia ramadhan.. Bulan yang kita paling nanti-nanti kan selama setahun. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nya.. 

Aku? Tahun ini tidak seperti tahun-tahun lepas.. Persediaan untuk peperiksaan pada 2 julai nanti agak membuat aku stress yang lebih hebat dari putus cinta haha.. Yela kan siapa tak stress bila mana kau daa bayar dalam rm 6k takan kita tak nak buat yang terbaik kan? 

Lagi satu permulaan ramadhan kali ini juga agak berlainan. Dan kemungkinan syawal juga bakal menjadi kelainan. Sedih pedih padu di situ.. 

Ya Allah permudahkan la segalanya.. Aku stress Ya Allah aku banyak dosa aku tak tahu nak buat apa.. Ya Allah bantu lah aku.. 😭

Tips persiapan sebelum Ramadhan ialah banyakan istighfar.. 
Kadang bila mana kita rasa malas untuk melakukan ibadah dan baca quran dan sembahyang pun kurang khusyuk dan juga kurang melakukan kebaikan.. Sebenarnya sebab kita banyak dosa, so feel untuk beribadah tu akan kurang.. Amalkan la istighfar sebanyak mungkin.. Letak minimum 1k sehari.. Lagi banyak lagi bagus.. Semoga pesanan ini bermanfaat dan juga bermakna buat diri aku bila aku baca balik post ni..  Insyaallah 

Pesanan penaja. Banyakan lah berdoa.. Dan doa bukti pengharapan kita hanyalah kepada Allah.. Bukan makhluk. 

Sayonara
30042019
1518






Sunday, April 14, 2019

Pengorbanan

Assalamualaikum

Pengorbanan ialah sesuatu perkara yang sanggup kita berikan atau lepaskan  demi suatu perkara yang baik. Tak kiralah pengorbanan dari segi masa ke bersifat kebendaan ke atau juga perasaan. Ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan impian atau harapan yang kita inginkan selepas dari itu.

Apa yang kita perlukan sebelum kita lakukan pengorbanan ialah YAKIN.
Yakin la. Setiap perkara yang baik akan di gantikan dengan kebaikan
Yakin la. Setiap usaha yang kita lakukan akan beroleh hasil yang diharapkan
Yakin la. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya
Yakin la. Tiada suatu pun yang kebetulan
Dan yang paling penting
Yakin la pada Allah.  Sebab setiap perkara tu berlaku dengan izin Allah.

Lumrah manusia, kadang kita frust dan hampa serta salahkan diri sendiri akan sesuatu perkara yang kita hadapi.. Kita da atur sebaik mungkin da. Tapi masih lagi tak memihak kepada kita betul tak?  tak kira la perkara apa pun. Sebenarnya kita kena tahu , sebaik mana pun aturan kita.. Allah tu maha mengatur. Allah maha mengetahui. Bila perkara tu tak menjadi kenyataan sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang baik untuk kita dan ia datang dari segi ujian yang diberikan mengikut kemampuan hambanya..

Allah sayangkan kita semua. Cumanya ialah kita perlu melakukan pengorbanan dalam kehidupan  demi mendapatkan keredhaan dari Nya.

Persoalanya sekarang bukan mampukah kita..
Akan tetapi YAKIN kah kita?

14042019
2050


Monday, February 4, 2019

......



How do you pickup the treads of an old life?
How do you go on...
When in your heart you begin to understand...
There is no going back?
There are some thing that time cannot mend..
Some hurt that go too deep..
That have taken hold..







03012019
0238

Tuesday, January 29, 2019

Love Yourself

7 TIPS UNTUK MENCINTAI & DICINTAI πŸ₯°πŸ’–

Seluruh hidup kita ni, kita mencari Cinta kan? Semua orang nak Dicintai. Especially zaman Social Media ni. Every single day, people are Looking for Approval & Recognitions. 

Memang lumrah manusia, mencari Penghargaan dan Pengiktirafan. So, apa Tips untuk jadikan diri kita sentiasa di Cintai oleh semua? 

Ini 7 TIPS untuk Mencintai dan Dicintai:

1. LOVE YOURSELF :

- Pertama sekali, cintai diri kita sendiri. Takde orang yang akan sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri kita. Setiap pagi, lepas bangun tidur, ambil tangan anda letak di dada. 

Kemudian anda ucap pada diri sendiri. “I Love u”, “i love u”, “i love u”. Rasai dalam hati yang anda betul2 sayang pada diri anda ni. Go deep with yourself.  

Surprisingly ramai sebenarnya manusia harini yang benci diri dia sendiri. Saya dah jumpa ramai orang yang bila dia buat benda ni, diorang mula rasa perubahan. Orang sekeliling mula melayan mereka dengan kasih sayang dan rasa hormat. 

2. RESPECT YOURSELF : 

- HORMATI diri anda. Bila kita hormat diri kita, automatically kita akan treat diri kita selayaknya. Kita akan berpakaian kemas, penuh keterampilan, wangi, cantik dan sebagainya.

Kita tak boleh halang orang dari Judge atau menilai kita, tapi kita mampu kawal bagaimana orang menilai kita. Jika kita berperwatakan kemas, cantik, segak dan wangi, orang mula judge kita dengan penuh hormat dan kasih. Begitu juga sebaliknya. 

Remember, people will treat you based on how you treat yourself.

3. GIVING LOVE : 

- Latih diri untuk sentiasa memberi kasih sayang. Lihat setiap makhluk Allah dengan kasihan belas. Paling simple jika di FB, instead of just like sahaja. Cuba latih diri untuk react LOVE ❤️

Bagi reaction ❤️ pada semua benda. Kalau anda perasan, saya selalu bagi ❤️ pada status2 yang lalu di newsfeeds, even yang comment pun saya akan react love. Jarang sangat saya just likes. 

Sebab setiap kali saya react ❤️, hati saya release Love Vibrations, and i’m loving it πŸ₯°

The more you give, the more you get. Lagi banyak Vibrations Kasih sayang kita lepaskan pada Universe, lagi banyak kasih sayang kita akan dapat. 

4. FORGIVE & FORGET: 

- Maafkan semua orang yang pernah buat salah pada kita dan lupakan semua benda yang terbuku dalam hati kita. 

Mustahil kasih sayang boleh masuk dalam hati, kalau hati kita masih penuh dengan dendam, geram dan kemarahan. 

Mentor saya cakap, holding grudges, atau simpan dendam ni ibarat kita telan racun, dan berharap orang lain mati. Walhal, racun tu bunuh kita perlahan lahan dari dalam. 

Paling penting, maafkan diri sendiri. Salah satu teknik Yang Powerful saya belajar ialah, anda cari gambar anda waktu kecil, anda tampal pada cermin.

Setiap pagi, anda tenung dalam2 muka anda waktu kecil, anda bawa diri anda sekarang jumpa diri anda waktu kecil. Peluk diri anda, dan cakap, aku sayang kau. Kau akan jadi orang hebat! Kau akan jadi orang berjaya. 

Buat setiap hari. Kita nak program otak kita supaya otak kita percaya, kita ada success story dari kecil. 

5. HUGS :

- Pelukan adalah antara teknik yang paling berkesan untuk berikan kasih sayang. Peluk anak, isteri, rakan2. 

Cuba peluk dan anggap orang yang kita peluk tu anak kecil. Mesti lain cara kita peluk anak kecil dengan peluk orang besar kan? 

Ramai yang saya peluk menangis cakap seumur hidup mereka, mak ayah, adik beradik mereka pun tak pernah peluk diorang macamtu. 

Paling best nak belajar peluk ni, tengok Ustaz Ebit Lew peluk orang macamana? Beliau cakap, kalau muka lagi jahat, lagi cepat menangis bila kita peluk. Sebab jiwa mereka rindukan kasih sayang.

Sebab tu beliau boleh lembutkan hati orang hanya dengan pelukan. Sebab diri beliau penuh dengan Aura Kasih Sayang. 

6. FAKIR MISKIN & ANAK YATIM.

- Kena rajin duduk dengan Fakir Miskin dan anak yatim. Nabi ajar kita supaya selalu gosok kepala anak yatim. Bila kita duduk dengan golongan ni kan hati kita jadi lembut.

Hatk kita tiba2 jatuh kesian, kita jadi ihsan. Rasa sayang, rasa kasih pada golongan ni kan. Begitu lah. Lagi banyak masa kita spend dengan golongan ni, lagi besar Aura kasih sayang kita.

Orang lain akan mula Jatuh hati, rasa kasih pada kita pula. 

7. JAGA ALLAH : 

- Apa pun, kena jaga Allah. Kalau kita jaga Allah, seluruh makhluk sayang kita. Bumi, langit, laut, binatang, manusia semua sayang kita. 

Kita berjalan kemana pun orang dapat rasa Aura Kasih Sayang kita. Pernah jumpa kan orang macamni? 

Dia baru je masuk dewan atau bilik. Satu bilik tu terasa penun kasih sayang, rasa harmoni. Orang macamni, mesti rajin bangun malam, berkasih sayang dengan Allah. Rajin Doakan orang lain. 

Beliau tak Doakan diri sendiri. Beliau doa untuk orang ramai. Sebab tu orang ramai boleh rasa sayang dia. 

Moga Bermanfaat 7 Tips ini. Cuba buat dulu 30 Hari. InsyaAllah anda boleh rasa hidup penuh kasih sayang. Orang lumba2 nak buat baik dengan anda.

#Share Moga Lebih ramai dapat belajar.



           

Monday, January 28, 2019

Just friend

Friend zone.. 

Kita selesa bercerita dengan dia. Kongsi pendapat sambil luah perasaan dalam masa yang sama kita suka kan dia. Tapi hanya sebagai kawan teman atau sahabat.

Jika kita anggap dia lebih dari kawan pula tentunya diri akan rasa 'down' sangat-sangat untuk menerima hakikat realiti yang sebenar.

Harapan..

Kita boleh berharap namun jangan terlampau mengharap kelak sendiri merana
Kita boleh memberi harapan namun mesti berjaga-jaga kelak hati kan sengsara

Renung-renung kan dan selamat beramal 



28012019

2338




Friday, January 25, 2019

Ketam lomak cili api

Assalamualaikum

Da lama aku teirngin makan masakan ketam masak lomak cili api. Daripada bulan november tak silap! So sebelum ter silap aku jadi angan dan impian aku untuk jadi kenyataan cewah !



fresh blood 

 Nii ketam hidup.. 
so kena mati kan ketam dulu la kan ..







Bahan-bahan ;
bawang merah 
bawang putih 
cili padi
cili merah 
serai
daun bawang
asam keping
santan
kunyit hidup
secubit belacan





telur nii gaul sekali dengan mayonnis..






Done 


lama sangat aku tak makan ketam 
Alhamdulillah 
Allah beri kita nikmat makan minum 
Allah segalanya 
Dunia cuba bersifat sementara namun akhirat selamanya 

0730
25012019


Monday, January 14, 2019

Muhammad Leo Fitri Bin Abdullah


Assalamualaikum

16 February 2019

Merupakan tarikh keramat bagi sahabat aku yang bernama Muhammad Leo Fitri Bin Abdullah.
Aku masih teringat sangat kita kali pertama berjumpa di SMT Kota Tinggi Johor pada tahun 2006. Masa itu aku bersama tok wan.. Tok wan aku menegur kenapa tak pakai songkok?  πŸ˜…  cepat-cepat aku cakap dia bukan muslim tok wan.. Kelakar adengan yang masih aku ingat sampai kini. Aku masih ingat kita jadi pengawas asrama lepak sama-sama cerita pasal masa depan buat perkara yang boleh kita ingat sampai hari tua. Aku masih ingat kita pernah keje satu company di pasir gudang banyak perkara kau ajar aku. Aku masih ingat kita pergi melaka sama-sama sebab ingin melihat aku gembira dengan  jayanya hasrat aku pada masa itu laa kan..

Saat yang paling aku ingat dalam diri aku ialah apabila kau mengucapkan kalimah Lailahaillallah..pada 13 August 2017
Allahuakbar πŸ₯°




Sahabat dunia akbirat tiada kata yang mampu ku ucapkan melainkan hanya potret melukis tulisan jiwa dengan gembira syukur nikmat dan hidayah dari Allah.
Siapa tak suka kan, apabila kita tahu sahabat baik kita selamaa ini dapat bersama dengan kita menjalani kehidupan seorang muslim di dunia dan juga akhirat.. Alhamdulillah

Akhir kata,
Aku berterima kasih atas kurniaan Allah menemukan kita berdua di dunia ini dan Insyallah di syurga. Tapi kalau aku tiadaa di sana tolong tarik aku ye sahabat .. Semoga kau terus berjaya dalam kehidpan kau jadi ketua keluarga yang baik nanti.. Apa- apa masalah usaha dan jangan lupa berdoa dan mengadu kepada Allah.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahwa sesungguhnya Aku itu dekat. Aku menjawab doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka, hendaknya mereka menjawab seruanku dan hendaknya mereka beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk." 
( QS al-Baqarah: 186).





Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Brother πŸ‘¨‍πŸ’ΌπŸ§•
16hb February 2019
Semoga dipermudahkan semuanya 
Insyaallah 








1239
14012019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...