Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 29, 2019

Love Yourself

7 TIPS UNTUK MENCINTAI & DICINTAI 🥰💖

Seluruh hidup kita ni, kita mencari Cinta kan? Semua orang nak Dicintai. Especially zaman Social Media ni. Every single day, people are Looking for Approval & Recognitions. 

Memang lumrah manusia, mencari Penghargaan dan Pengiktirafan. So, apa Tips untuk jadikan diri kita sentiasa di Cintai oleh semua? 

Ini 7 TIPS untuk Mencintai dan Dicintai:

1. LOVE YOURSELF :

- Pertama sekali, cintai diri kita sendiri. Takde orang yang akan sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri kita. Setiap pagi, lepas bangun tidur, ambil tangan anda letak di dada. 

Kemudian anda ucap pada diri sendiri. “I Love u”, “i love u”, “i love u”. Rasai dalam hati yang anda betul2 sayang pada diri anda ni. Go deep with yourself.  

Surprisingly ramai sebenarnya manusia harini yang benci diri dia sendiri. Saya dah jumpa ramai orang yang bila dia buat benda ni, diorang mula rasa perubahan. Orang sekeliling mula melayan mereka dengan kasih sayang dan rasa hormat. 

2. RESPECT YOURSELF : 

- HORMATI diri anda. Bila kita hormat diri kita, automatically kita akan treat diri kita selayaknya. Kita akan berpakaian kemas, penuh keterampilan, wangi, cantik dan sebagainya.

Kita tak boleh halang orang dari Judge atau menilai kita, tapi kita mampu kawal bagaimana orang menilai kita. Jika kita berperwatakan kemas, cantik, segak dan wangi, orang mula judge kita dengan penuh hormat dan kasih. Begitu juga sebaliknya. 

Remember, people will treat you based on how you treat yourself.

3. GIVING LOVE : 

- Latih diri untuk sentiasa memberi kasih sayang. Lihat setiap makhluk Allah dengan kasihan belas. Paling simple jika di FB, instead of just like sahaja. Cuba latih diri untuk react LOVE ❤️

Bagi reaction ❤️ pada semua benda. Kalau anda perasan, saya selalu bagi ❤️ pada status2 yang lalu di newsfeeds, even yang comment pun saya akan react love. Jarang sangat saya just likes. 

Sebab setiap kali saya react ❤️, hati saya release Love Vibrations, and i’m loving it 🥰

The more you give, the more you get. Lagi banyak Vibrations Kasih sayang kita lepaskan pada Universe, lagi banyak kasih sayang kita akan dapat. 

4. FORGIVE & FORGET: 

- Maafkan semua orang yang pernah buat salah pada kita dan lupakan semua benda yang terbuku dalam hati kita. 

Mustahil kasih sayang boleh masuk dalam hati, kalau hati kita masih penuh dengan dendam, geram dan kemarahan. 

Mentor saya cakap, holding grudges, atau simpan dendam ni ibarat kita telan racun, dan berharap orang lain mati. Walhal, racun tu bunuh kita perlahan lahan dari dalam. 

Paling penting, maafkan diri sendiri. Salah satu teknik Yang Powerful saya belajar ialah, anda cari gambar anda waktu kecil, anda tampal pada cermin.

Setiap pagi, anda tenung dalam2 muka anda waktu kecil, anda bawa diri anda sekarang jumpa diri anda waktu kecil. Peluk diri anda, dan cakap, aku sayang kau. Kau akan jadi orang hebat! Kau akan jadi orang berjaya. 

Buat setiap hari. Kita nak program otak kita supaya otak kita percaya, kita ada success story dari kecil. 

5. HUGS :

- Pelukan adalah antara teknik yang paling berkesan untuk berikan kasih sayang. Peluk anak, isteri, rakan2. 

Cuba peluk dan anggap orang yang kita peluk tu anak kecil. Mesti lain cara kita peluk anak kecil dengan peluk orang besar kan? 

Ramai yang saya peluk menangis cakap seumur hidup mereka, mak ayah, adik beradik mereka pun tak pernah peluk diorang macamtu. 

Paling best nak belajar peluk ni, tengok Ustaz Ebit Lew peluk orang macamana? Beliau cakap, kalau muka lagi jahat, lagi cepat menangis bila kita peluk. Sebab jiwa mereka rindukan kasih sayang.

Sebab tu beliau boleh lembutkan hati orang hanya dengan pelukan. Sebab diri beliau penuh dengan Aura Kasih Sayang. 

6. FAKIR MISKIN & ANAK YATIM.

- Kena rajin duduk dengan Fakir Miskin dan anak yatim. Nabi ajar kita supaya selalu gosok kepala anak yatim. Bila kita duduk dengan golongan ni kan hati kita jadi lembut.

Hatk kita tiba2 jatuh kesian, kita jadi ihsan. Rasa sayang, rasa kasih pada golongan ni kan. Begitu lah. Lagi banyak masa kita spend dengan golongan ni, lagi besar Aura kasih sayang kita.

Orang lain akan mula Jatuh hati, rasa kasih pada kita pula. 

7. JAGA ALLAH : 

- Apa pun, kena jaga Allah. Kalau kita jaga Allah, seluruh makhluk sayang kita. Bumi, langit, laut, binatang, manusia semua sayang kita. 

Kita berjalan kemana pun orang dapat rasa Aura Kasih Sayang kita. Pernah jumpa kan orang macamni? 

Dia baru je masuk dewan atau bilik. Satu bilik tu terasa penun kasih sayang, rasa harmoni. Orang macamni, mesti rajin bangun malam, berkasih sayang dengan Allah. Rajin Doakan orang lain. 

Beliau tak Doakan diri sendiri. Beliau doa untuk orang ramai. Sebab tu orang ramai boleh rasa sayang dia. 

Moga Bermanfaat 7 Tips ini. Cuba buat dulu 30 Hari. InsyaAllah anda boleh rasa hidup penuh kasih sayang. Orang lumba2 nak buat baik dengan anda.

#Share Moga Lebih ramai dapat belajar.



           

5 comments:

emarieys said...

nice sharing...salam perkenalan..terima kasih drop komen di post saya.

Miera Hassan said...

Totally agreed untuk semua tips ni.. Memang miera buat and yess.!! i feel more confident bila dah cinta dengan diri sendiri..

zacky786 said...

☺️
Lama sy tak bukak blog..
Awk antara zmn blogwlking saya haha
Btw hope all is well..

zacky786 said...

Ya slm knal
Thx juga ya

Ai said...

Forgive and forget tu benda simple tapi susah nak ikhlas dalam hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...