Assalamualaikum đŸ™‚
Malam yang sunyi lagi indah bertemankan angin laut yang agak sejuk di sini. Terlintas sejenak di fikiran pendapat aku tentang maksud suka sayang dan cinta.
Suka
Kau suka tengok sesuatu tu bila dia cantik, bila dia menarik dan elok. Itu suka just sukakan luarannya. Kau suka bila ada sesuatu yang menarik tentang dia.
Sayang
Kau tak nak dia jadi milik orang lain. Kau nak dia jadi milik kau. Dan kau berusaha mendapatkan dia dengan cara apa-apa sekalipun. Kau sanggup buat apa sahaja, janji dia jadi milik kau sebab kau sayang dia sangat. Terlalu sayang dan kadang bahaya.
Cinta
Cinta itu bila hati kau redha bilamana dia dengan sesiapa pun sebab yang penting bagi kau, cuma kebahagiaan dia. Bila kita suka dan sayang.
Contoh la, mawar merah, kita kan petik mawar tu sebab nak hidu bau dia, nak sentuh dia. Tapi bila cintakan mawar tersebut, kita akan biarkan mawar itu terus hidup dan mekar. Jadi bunga yang sihat dan segar.
Haa camtu..
Selamat malam
12012019
No comments:
Post a Comment