Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

Almond London


Siapa tak suka makan kuih raya almond london angkat tangan  ?

huh, tanak angkat dah ..

aku tak suka makan kuih almond london , tapi...tapi.. akan tetapi aku nak pergi London ! camne tu ? hehe

siapa tak suka makan kuih yang famouse time raya ni kan .. kalau pergi umah saudara mara, kawan-kawan , tunang , mak mertua , bapak mertua ( mak bapak dia tak duduk satu umah ke ? ) ke kan.. mesti kuih ini yang laku dulu.. kn..kn..kn..

mungkin ramai kot orang yang ingin pergi ke london tapi tak mampu, contoh yer macam aku , so buat la apa yang kita mampu ..dengan makan kuih almond london  .. ( merapu )

korang reti kan makan kuih ? tapi reti buat tak ? mm jangan sedih , aku pun cam korang jugak tak reti nak buat-buat kuih ni bagai .. apa kata kalau kita amik tahu pasal pembuatan kuih almond london ni ..


1st of all , macam biasa lah resepi is penting ;


  • 450 gm tepung gandum 
  • 2 sudu kecil emplex  ( apa da emplex ? )
  • 140 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 biji badam yang telah dipanggang-cincang kan dia.. 
  • cawan kertas secukupnya
  • coklat yang telah dimasak secukupnya

~ untuk 120-150 biji

Process penyediaan ;

  1. Panaskan oven dengan suhu 170 C selama 15-20 minit atau sehingga badam masak sepenuhnya
  2. Ayak tepung dan emplex ketepikan
  3. Pukul butterm gula icaing dan esen vanila fengan lemah lembut
  4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi dan lagi hingga adunan digaul sempurna
  5. Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut yer dowh !
  6. Bulat kan hingga adunan habis dan susun dalam lonyang 
  7. Panaskan oven 150 darjah celcius dan bakar biskut selama 25-30 minit, sampai masak dan sempurna.
  8. Pastu , kuarkan biskut yang da masak tu dan susun , sampai ia sejuk ..
  9. Sementara tunggu sejuk tu, cairkan coklat secara double boiler, ambil biskut tadi dan celup dalam coklat ! pergh ni paling best.. 
  10. Letakkan dalam cup kertas 
  11. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras, dan simpan biskut dalam bekas kedap udara ..
  12. Siap untuk dimakan .. 



gambar hiasan 



amacam ? ada sesiapa teringin nak buat ? 12 step jer pun apa la sangat kan, aku pun boleh buat ..  senang je, cuma nak ngan tak nak je .. 



* aku boleh buat, tapi terus pergi no.12 la.. hehe .. 













Genap 22 tahun ~


Pukul 12 malam, genap la umur 22 tahun Muhammad Akramzaki Bin Yahya hidup di bumi ini ..

Alhamdulillah , aku masih hidup sebagai manusia yang sempurna .. masih bernafas, masih lagi mampu menggunakan otak untuk berfikir, dan menggerakkan segala anggota badan dalam diri aku ini..   aku bersyukur sangat-sangat YA ALLAH...

dalam perjalanan hidup aku, kadang-2 aku terfikir, adakah aku menggunakan segala nikmat yang diberi selama 22 tahun ini sepenuh nya ke jalan kebaikkan .. kat situ je aku da nampak,  betapa banyak nya kekurangan yang ada pada diri aku ni .. so , perubahan tu perlu di ambil yer zacky !

dalam kehidupan ni kan-3 , ada kala nya apa yang kita ingin kan dan hajad kan tu la sentiasa tak dapat, akan tetapi .. kadang-2 tu perkara yang kita tak jangka kan terjadi.. tu lah yang kita dapat .. sebab apa ? sebab ALLAH lebih mengetahui apa yang hamba nya perlukan .. dan kena ingat, segala perkara yang terjadi, hidup mati ajal maut jodoh pertermuan rezeki semuanya telah di tulis semasa kita belum lahir lagi di dalam dunia ni .. percaya pada qada' dan qadar ialaitu rukun iman ke-6

so apa ada hal ? gua punya jalan da ada bro ! jom-2 enjoy jangan fikir masalah-2 perjalanan hidup ni bagai ..
( ok, ketuk kepala 80 kali )

bukan begitu yer.. kena la berusaha dalam setiap perkara yang terjadi tu, bukan berserah bulat-2 tanpa daya usaha.. ada faham ..


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri"
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)




sweet 22 .. tapi macam 16 kan ? 
biasela.. awet muda la katakan.. haha



gambar baru je snap tadi mase berbuka puasa kat ampang avenue det station .. yang terkenal dengan nasi lemak + char kuey tiow + burger ..

aku baru try nasi lemak tadi.. memang mengancam ! mula-2 ingat nak order nasi tambah , sekali makan nasi tu da kenyang tahap senak da..nasib tak order.. hasih ni semua nafsu ..

tadi masa berbuka ada seorang wartawan datang kat nak temuduga kata nya .( ok tipu, sila jangan percaya )
dia tanya soalan nya begini ..

~ apakah azam baru kamu zacky ?

ehem-2.. malu rasa nya , sebab 1st time di temuduga oleh wartawan.. ( gile sorang-2 ) ..
ok pertama sakali , saya ingin mencapai matlamat hidup saya iaitu ingin membantu family tak kira lah dengan apa cara sekali pun .. so perkara yang perlu saya lakukan ialah cari kerja yang sesuai sampai dapat ..

~ tak terfikir nak sambung study ke ?

ok, bukan tak terfikir.. tapi sebenarnya , actually ( da sebenar actually pulak ) saya still memikir lagi dan belum ada kata putus.. insyaALLAH kalau di izinkan untuk saya sambung study.. ya saya akan sambung..

~ apakah kunci kejayaan zacky setelah berjaya hidup di dunia selama 22 tahun

oo, yang kunci umah belum duplicate lagi.. tapi kunci hidup tu.. percaya pada ALLAH .. tak kira apa kita lakukan sentiasa lah ingat dia..  :-)

~ bila nak kahwin ?

da senyap ! pergi main jauh-2 sana .. aku nak berbuka pun tak senang .. haisshh ..


bergitulah kisah wartawan yang terserempak ngan aku tadi .. hahaa .. ( ok, abaikan )



apa pun hidup kena lah sentiasa beringat , ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ..
wish my journey in the future will bring me 1001 meaningful of life .. amin ..


* ikut hati mati, ikut rasa binasa , ikut nafsu lu piki la sendiri ! ikut akal ? mm berakal kot huhu ..

http://www.emocutez.com






Monday, July 30, 2012

Peringatan Buat Semua







*psst.. ini contest dari Bro Framestone.. siapa nak join klik ~SINI~  








This is it ~


esok pukul 8.30 pagi merupakan sesi temuduga untuk aku mendapat tempat dalam kerjaya yang ingin aku ceburi .. nerves gile seyh ! mahu tak tido malam aku di buat yer.. huhu ..

memandangkan sesi temuduga tu terletak di pertengahan ibu kota, jalan hang tuah, bangunan rohas perkasa .. kat mana tu ? hah aku pun tak tahu .. kena kuar awal la nampak yer esok pagi.. takut sesat di pertengahan jalan pula nanti .. so, untuk mengelakkan daripada datang lambat pergi interview.. better aku gerak awal..

lagi sekali ingin aku nyatakan di sini kebarangkalian untuk dapat ialah 0.01 % .. uit awat cikit sangat ? even orang da berstatus engineer pun apply, ini kan lagi aku yang  fresh graduate ni .. demm..  aku tak nak terlampau berharap .. sekadar mencuba , orang kata tak cuba tak tahu kan ? walau macam mana pun, usaha tu tetap perlu yer kawan2 untuk berjaya ..  just try my best for tommorow ~ yeay ! 

doa kan aku beb ..  peace yo !


* YA ALLAH kau permudahkan lah segala urusan hamba mu ini .. Amin ..







Sunday, July 29, 2012

Teguh seperti pokok ~



kadang tu, kita tak mampu untuk berdepan dengan masalah .. dan secara tak langsung masalah itu menjadi semakin rumit .. menjauhkan diri daripada masalah sejauh mana yang boleh, bukan lah cara yang terbaik untuk melupakan segalanya ..

boleh kah aku berdiri teguh seperti sebatang pokok ! walaupun dia di duga dengan penuh cabaran dan rintangan di sekeliling hidup dia.. dia tetap kukuh dan teguh serta tak mudah gonyang ~







* redha dan bersyukur serta bertawakal dengan segala ketentuan illahi adalah cara dan jalan penyelesaian yang terbaik ..   








Saturday, July 28, 2012

Semut Merah ~


DI suatu masa ,  sepasang kekasih berkasih-kasihan di taman bunga  :





SYG : b... kalau syg jadi bintang .. b jadi apa ?

B : b jadi taik bintang ~ 

SYG : alaaaaaa................   

(senyap 2 saat ) 

SYG : habis tu kalau orang jadi matahari , orang tu nak jadi apa  ? 

B : b jadi payung la.. bikin panas je ..

SYG : alaaa..................... 

(senyap 3 saat ) 

SYG : mmm... tapi kan.. kalau la kan.. saya jadi gajah .. awak jadi apa ? 

B : jadi semut merah ! 

(dengan secara tiba-tiba terus si B menyanyi ) 

... aku orang kecil engkau orang besaR, kau Ibarat gajah ku hanya SEmuT merah.. lalalaaa... 

SYG : alaahaiiiiiiii.... kau ni ! 






time tu jugak dieorang clash ! sebab berselisihan kefahaman, haha.. tragik gila !  


tamat


*kesimpulanya, jaga lah perasaan pasangan anda dan cuba lah untuk menerima kekurangan pasangan masing-masing .. eh ada kena mengena ke dengan cerita ni ? blur ..











Wordless #1












Friday, July 27, 2012

bestfriend ~



~ comel.. ~
tom n jerry sebenarnya bestfriend..
dalam tv selalu depa gaduh-gaduh tu semua dusta belaka ! haha ..




*nasib kucing ni baik, kalau x. lama dah tikus tu kena sembelih ! :P

Thursday, July 26, 2012

Resepi Air Katira ~

salam ramadhan  semua ..~ 

hope sume sihat sejahtera yerp, siapa yang demam kuar hingus tu... 
jgn lupa makan ubat.. semoga cepat sembuh k ! 

saje nak buat entry pasal resepi air katira ..
memandangkan ramai orang yg xtahu or maybe xpernah minum air katira.. 
dalam entry INI

d'sebabkan aku orang selatan tanah air yang menetap di JB ~
so air katira ni memang xasinglah bagi masyarakat bela-bela selatan Malaysia .. haha.. 

jom tengok bahan-bahan untuk buat air katira :



sediakan : Air Gula / Sirap  

Bahan-bahan lain yang perlu ada :

10 biji buah kamang / kembang semangkuk
( direndam semalaman @ hingga kembang - kalau x sabar. Buangkan biji dan kulit, ditapis,bilas dgn air masah pastu tapis lagi )

1 camca besar rata biji selasih, rendam dalam air hingga kembang dan tapis 

1 tin susu cair 

1 cawan sirap ( beli yang da siap je )

6 cawan air masak atau mineral

1 camca teh air mawar dan sedikit esen ros

cara membuatnya : 

dalam sebuah jag / bekas besar , masukkan : 

  1. kamang semangkuk
  2. biji selasih
  3. air gula / sirap
  4. air 
  5. susu
  6. air mawar dan esen ros
masuk semua sekali ! kacau sampai rata, kalau tak rata.. kena ratakan jugak !
+ ais lagi sedap ~


sumber : daripada Zarina Ibramhim buku tajuk  dari dapur zarina . 1991 


*xpernah tahu pun cara buat air katira ni , tahu minum je.. ngeh3









Wednesday, July 25, 2012

Interview ~


Alhamdulillah .. 

aku terpilih untuk ke sesi termuduga dalam pekerjaan yang aku harapkan ..

pada 30hb ni ..~ 

wow, belum apa2 da nervesss weyh .. 


harap di bulan yang baik, hari yang baik ni..
dapat memberi aku sumber kekuatan untuk menhadapi nya ~




*tgh mentelaah company background  @_ @ 





Tuesday, July 24, 2012

Miss u !


still rindu kat dia   ...


haduh, cmne nk lepaskan rindu ku ini terhadap dia..
puas ku cari .. 
namun di manakah dikau ~ oh katira !








-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




gambar hiasan 











Hand Phone aku hilang ~


 kejadian berlaku pada pkul 5 ptg waktu ketika ingin balik hostel kat unikl miat .. sampai je aku kat unikl , aku terserempak dengan kawan lama aku.. then kitorang pn berbual panjang.. dlm pkul 6.40 ptg gitu .. aku pn ingin beredar sebab mau beli makanan untuk berbuka.. mmber aku mintak no fon supaya leh keep contact nanti .. aku pun beraba raba poket seluar aku.. sekali.. alamak !!!  where is my phone ..~

damn gile aku ketika tu.. mcm orang mati kutu .. ( klw mati anak teruk sangat ) , berguling2 aku kt tilam mmber aku.. aku cuba ingat kembali mana aku letak .. dan bila last aku make call ..

setelah wat kaji siasat mcm dlm citer detective conan .. ternyata sudah , bahawasanya dan muktamad .. h/p aku hilang semasa dlm perjalanan dari ampang ke nilai menaiki motor kapcai !  adeh ..

frust beb , mcm2 no. ada dalam tu.. dan tu plak merupakan h/p kesanyangan aku sebab aku bile time kje part time sem lepas .. bayangkan.. aku praktikal , balik2 praktikal je terus kje part time kat airport !! perghh penat bhaii .. cari duit yer pasal .. sanngup ku tempo jua .. dan hasil nya h/p tu la berjaya aku milik ..

walaupun sekadar h/p biasa .. iaitu xperia x8 ! tapi perasaan kasih sayang aku kt dia xpernah padam .. hanya tuhan saja yang tahu bertapa pilu nya hati ni ketika ini .. sob3 .. 

*ayat nak best ...

aku da try call ! tp ada suara awek cakap voicemail .. mm apa la nasib ..

apa pun think positif .. mungkin tu bukan rezeki aku.. kan3.. dan ujian yg aku perlu tempuhi di bulan ramadhan yg mulia ni.. aku di uji utk bersabar  dan tenang wlwpun dlm situasi yang mengusutkan ... 

semalam jugak aku renew simcard baru kt airport KLIA .. sebab situ celcom centre yang bukak sampai kol 10 malam ...  

sedih . pedih . padu !


* nak tanya ni .. korang pernah hilang h/p x ? apekah perasaan korang ketika itu .. hohoo





Monday, July 23, 2012

kreatif


dalam dunia muzik, kreatif amat penting utk mencipta rentak dan alunan irama muzik yg sedap utk di dengari .. tak kira alat muzik apa pun yang di gunakan.. gitar, drum, piano, violin, biola !

tanpa peralatan muzik seperti berikut.. irama dan lagu xkan terhasil ..

eh ? betul ke ? pernah tak dengar michael jackson cipta lgu guna mulut dia je ...

sbg contoh :

           



            


menarik kan ?

konklusi nya ialah .. music is universal !!  ohoii ..

*saje bosan2 lyn utube.. huhu




Khasiat Petai




siapa suka makan petai angkat tangan ? 

err.. macam xde orang angkat je...tapi kalau soalan tu berbalik kepada aku.. siyess tangan aku takkan angkat dengan sendirinya .. haha .. i hate petai ! 

sebab ? 

  1. siapa makan petai mulut bau busuk 
  2. pahit , lebih pahit dari ubat ! wekk ..
  3. susah nak telan .. 
  4. warna hijau macam hulk ( haha, alasan semata2 ) 


tula antara2 alasan2 orang yang tak suka makan petai termasuk lah aku .. walau pun ramai orang yg xsuka akan petai .. petai xpernah xsuka kat orang .. malah dia tetap ngan pendirian dia utk memberi kesihatan yang sihat kepada yang suka memakan nya .. haa, baik kan petai !   

antara kebaikan petai ialah : 

  1. boleh mengelak daripada kena ( stroke )
  2. baik utk sistem saraf sebab byk vitamin V ..  ( mm ada gak vitamin V, baru aku tau ngeh3 )
  3. penawar kepada penyakit anemia  ( pnyakit kurang darah merah )
  4. ubat kpd pemabuk ..
  5. stabil kan suhu badan..
  6. gastrik 
  7. boleh mencegah dr terkena sembelit
  8. mengawal paras gula dlm darah 
  9. boleh membantu untuk berhenti merokok ! 
  10. boleh mengatasi rasa gatal kena gigit nyamuk dengan gosokan kulit petai di tmpt yg gatal 

tu jela yang aku dapat ringkaskan dari google search .. so penting kan petai ? nanti sok g bazaar ramadhan jgn lupa beli petai tau .. makan je macam ulam .. yum3 .. wekks ! 



Sunday, July 22, 2012

Hidup Umpama Daun Kering


Hidup bagai dedaun kering gugur ke bumi..... ada yg suka, ada yg tak... ada yg terhibur.. ada yg menyampah.....ada yg kutip.. ada yg kais pakai kaki... ada yg simpan dan kumpul, dan ada yg kumpul dah bakar !!  hohohorlick...

Saturday, July 21, 2012

Sahur ~



Hari pertama b'puasa pada hari nie, aku hanya meneguk 2 teguk mineral water then niat dan terus tido ..! haha , haru betol .. teringat pula masa zmn stdy dulu time duk hostel .. siyess meriah gile .. bgon kol 4.30 kjut mmber satu bilik n jiran bilik sebelah .. huru hara di awal pagi .. then kitorang ramai2 turun pergi cafe utk beli makanan.. ada yang dah beli siap2.. so dia stanby je kat bilik utk buat air dan tunggu member2 yang sedang beli makanan suapaya dapat makan sama2 nanti..

best gile ! tp selalunya aku la akan tunggu dieorang.. sbb aku makan bubur lambok yang di ambil di masjid selepas asar.. then simpan buat makan sahur.. proses jimat cermat berlaku di situ ! hehe.. siyesly , bagi aku xperlu kot utk beli makanan selalu.. sebab sahur aku xmakan byk pn .. bubur lambok tu pun dah terlalu banyak utk aku.. so jangan la membazir nyer kwn2.. ! nk tiru skill ? no hal la.. nanti lepas asar g masjid tau amik bubur lambok.. hahaa ..

rindu zaman dengan kawan2 satu hostel , satu umah sewa, satu bilik .. satu bangasa , satu negara dan satu Malaysia !


*ptg ckit nanti nak kuar g beli kurma la..




Friday, July 20, 2012

Naruto !





dalam byk2 citer kartun dalam dunia ni .. ni la cartoon yg paling aku minat ! 

childish kn ?!  hahaa.. ada la cikit ..tapi kan aku ingat lg time stdy dulu,bila lecturer aku sorg ni duk sibuk promote kat classroom supaya tgk citer naruto sbb dia kata ada 1001 pgajaran dlm cerita anime tu 20 mnit gak la die lecture psl kartun ni then baru start ngajar topik yang sepatutnya haha.. so childish kah dia ? walaupun hanya sekadar kartun anime jepun .. namun jalan cerita dia amat menarik .. start dari form 4 dulu kot aku layan cerita ni .. then stop layan kejap sebab terlampau panjang sgt story mori nyer..

aku layan balik cerita nie masa tengah praktikal sem lepas !  agak terperanjat gile dengan segala perubahan yang berlaku dalam cerita ni.. perubahan kuasa , jalan cerita , ada yg da mati.. then hidup balik .. perang dunia ninja pun bermula .. sehari tak tido aku layan naruto .. sbb aku sentiasa nak tahu apa akan terjadi selepas itu .. 

macam baca novel gak la kan .. lagi-lagi kaum hawa .. setebal2 novel tu ..dlm sehari je depa leh habiskan ! pelik betul .. apa rahsia kaum hawa ni ek agak nyer.. mata depa xkenal erti penat utk baca novel xhenti2 .. mcm cousin aku , rela xmakan sehari , masa dia berehat .. dia akan tanggal spek mata then minum air.. 5 minit pastu smbg baca blk .. dah mcm duk dunia lain da.. haha ! gilak itu org ..

bergitu la jugak aku dengan naruto .. cuma bezanya cerita naruto terlampau panjang dan xboleh nak habiskan dalam masa satu hari spt mana pernah cousin aku buat and maybe korang jugak kot pernah buat ! haha.. .  

agak2 nyer kenapa ek cerita ni best ? ala mesti korang da tahu nyer kan .. kn.. kn.. 
xpe klw da tahu pn xpe, jari aku still nak menaip lagi ni utk memberitahu org yg xthu .. ngeh3 ! 

cerita nyer bermula dengan seorang budak kecik bermana naruto dilahirkan di dunia dan membesar tanpa ayah n ibu .. yatim piatu lah ! org kg xsuke die sbb die ni pelik dan dlm badan die ade sejenis binatang jahat ekor 9 yg pernah musnahkan kg die pd zmn kgemilangan bapa nye dulu yang juga merupakan hokage.. ketua kg la lebih kurang.. 

dlm proses pembesaran tulah dia belajar byk perkara .. dan berjumpa ramai kawan serta musuh utk di tentang.. cerita dia jadi menarik kerana stiap kwn n musuh dia tu semua ada jalan cerita masing2 dan macam mana cara mereka membesar .. kenapa mereka jahat .. naruto amik pgajaran dari setiap apa yang telah terjadi kat dia ! best kn ?  

seorang sahabat karib dia yang bernama sasuke .. memilih ke jalan gelap kerana ingin membalas dendam yang masih belum terlerai terhadap abg nyer .. sebab abg dia ( itachi ) telah membunuh ayah n ibu di depan mata sasuke sendiri semasa dia kacil ! so senang cerita naruto n sasuke ni anak yatim piatu dan sorang memilih jalan terang n sorang lagi memilih jalan gelap ..  

menarik kn ?  



sayang seorang abg itachi terhadap adik nya sasuke !



so bergitu la serba sedikit cerita yang ingin aku kongsikan dlm entry edisi khas dari diri yang sangat meminati naruto !  peace yaww ..~

*da mcm karangan budak sekolah rendah da bila aku baca balik :P 

dilemma ~


dalam kehidupan nie sesuatu perkara yang paling ialah untuk membuat keputusan .. yep! kita kena fikir panjang dalam setiap apa jua keputusan yang ingin dibuat..  setiap tindak kan ada pro n kontra nyer kalau tersalah wat pilihan dalam membuat kputusan ia ibarat yang dikendung berciciran yang dikejar xdapat.. damn! siyessly i'm in blurry rite now ..


lebih merungsinkan lagi apabila ia melibatkan jangka masa yang pajang.. soal mase depan .. apa yang aku akan jadi lepas ni ..  dan persoalan2 nie sentiasa bemain di fikiran dari masa ke masa, setiap detik dan saat yang berlalu .. yes masa sentiasa mencemburui kita .. sesungguh nya manusia sentiasa di dalam kerugian jika dia tidak pandai menggunakan masa dengan sepenuhnya .. 











walau apa pn yg terjadi .. keputusan tetap perlu dibuat ! 

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadahan al mubarak :)


Lagi sekali kita umat islam diberi peluang untuk beramal ibadah dan men ' collect ' seberapa byk pahala yang boleh  pada bulan ramadhan insyaALLAH..


            
                       


bila pose je mesti nk dengar lagu ni .. kn3 :) 


pose jgn xpose tau !

Monday, July 16, 2012

sape lagi comeL ..

Assalammualaikum ...

wow, where to start ..  lame nye xhupdate ini blog !  aku da kurang rajin da skrg nk layan blog .. ngeh3..  owh sebelum tu aku nak btw yang aku baru je hbis stdy selepas 6 bln praktrikal kt MAS ritu ..  so dengan bangga nye gelaran aku skrg ialah "penganggur yg dihormati"  bangga x ?  yeay ! tepuk tangan ramai2 sambil sorak "huuraayy" ..   hahaa.. tapi kan sbb ape ade perkataan "yg dihormati' ?.. yg sebenau nyer. skrg ni aku jage kadai bundle kt area nilai .. sementara tunggu di "hire" mane2 company  .. aku kje la kt sini dlu .. dpt la jugak wet poket .. kn3 ?  hah wlwpun penganggur tp org tetap hormat sbb reti hargai mase untuk dapat kn duit ! hahahaa..  suke suki je zacky ni  ..


sape lg comel ? kanan ke kiri ? ke dua2 ?
ngeh3..


haa.. ni la yang ingin aku nyatakan dlm tajuk entry aku kali ni .. err ? mcm byk je entry aku buat kan . padahal ni la entry pertama aku tahun ni.. huhuu ~ sedeyh gile !   ok then, see u nxt entry.. err klw ade entry la ..  haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...