Victory.. victory ..
skuad harimau malaya berjaya layak ke final selapas menunduk kan nyammar 1 - 0 ..
MALAYSIA BOLEH ..
Hari Ini ..
kita mempunyai banyak waktu yang terluang.
Malangnya, kita sering kali mensia-siakan waktu dan tidak menggunakannya secara bermanfaat. Hidup di awang-awang.
Hari ini ...
Kita sentiasa inginkan hiburan.
Malangnya, semakin kita berhibur terasa pula kekosongan dalam jiwa dan perasaan. Hati menjadi gundah-gelama dan diri tidak tenteram..
Hari ini ..
ada ramai orang bersaiz besar dan tinggi. Mereka kelihatan gagah perkasa..
Malangnya, otak dan pemikiran mereka semakin kosong dan tidak berfungsi. Lantas hidup mereka hanya ingin menindas tidak kira siapa punya diri. Redah membuta tuli, asalkan dapat apa yang diingini..
Hari ini ..
kita berjaya mencipta pelabai jenis teknologi untuk menyimpan lebih banyak maklumat serta menambah-baik perhubungan.
Malangnya, tanpa kita sedari kita gagal berinteraksi secara berdepan sesama kita.
Hari ini ..
kita dihidangi pelabagi jenis makanan segera. kita mempunyai banyak pilihan yang enak dan lazat..
Malangnya, sistem penghadaman kita pula semakin perlahan dan kurang baik. Beraneka jenis makanan semakin kekurangan zat dan khasiatnya.
kesihatan semakin tida terjamin. Namun, apakan daya, selera dah mengusai segalanya..
Hari Ini ..
kita mempunyai kedudukan tinggi..pendapatan lumayan, harta dan wang tunai berjuta..cukup mewah sekali ..
Malangnya , semakin tinggi kedudukan diri..semakin banyak harta kita punyai..semakin hilang pula etika dan adab diri ..