Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 31, 2014

Unemployment


Assalammuaalaikum ..

Hi,

Bermualalah cuti tanpa gaji aku start ini hari. waa bosan -
aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan telah pun hantar resign letter hari selasa rituu .. Alhamdulillah ,. semuanya selesai dan sekarang hanya menungu kerja baru memangil .. InsyaALLAH kalau ada rezeki ..  ^_^






waa da cuci tangan bro ! haha



sayonara 



Tuesday, January 28, 2014

Bubur


Assalammuaalaikum ..




kepada sesiapa yang stay area JB .. 
agak-agak macam nak layan bubur di malam hari ..
aku suggest kan pergi ke stulang laut .. 
near to the zon..

ada satu kedai port jual bubur ..
macam-macam bubuar ada .. 
antara nya my fevret .. 

bubur daging ! yohoo ..








Sunday, January 12, 2014

Penghibur Jalanan


Assalammuaalaikum ...




Mencari pendapatan dengan menjadi Penghibur Jalanan
Lokasi : Stulang Laut JB 
Masa : 1 Pagi 



Kita mesti pernah kan mengalami keadaan seperti ketika menjamu selera di restoran-restoran atau kedai makan di mana-mana . ada muncul nya orang memintak sedekah . 

Tak kira la tua ke, muda ke , budak ke .. yang selalu aku alami adalah budak perempuan . umur linkungan belasan tahun gitu . dan ada jugak jumpa budak perempuan sama yang pernah aku jumpa di sepang masa bergelar student dulu di sini .. agak terkejut . hmm .

Bila ditanya tak sekolah ke dik ? "dia jawab sekolah pagi . malam memungut hasil sumbangan pakcik makcik" .. 

ooo begitu. actually aku ni agak ragu-ragu untuk memberi sedekah .sebab takut cuma memberi kekeyangan kepada agen-agen yang memegang budak-budak ni .. haiyoo 


Ustaz Azhar Idrus ..
mengatakan . "kalau kita memberi sedekah kepada orang yang menipu kita. kita dapat 2 pahala. iaitu pahala sedekah dan pahala di tipu ..  :) "


sedekah merupakan saham akhirat .. 



sayonara..







Thursday, January 2, 2014

Fujiflm Instax 8


Assalammuaalaikum ...


INSTAX 8




- merupakan sebuah kamera polaroid dimana bila kita petik je kamera terus keluar filem .. dan dengan beberapa minit je tungu filem tu berubah menjadi gambar ..  waa menarik kan ..

actually kamera polaroid ni lama da dicipta sejak 1970 mengikut kata  en wikipedia  ..
namun semenjak dua menjak ni .. kamera ini menjadi tarikan kepada masyarakat atau penduduk dunia zaman sekarang yang iginkan kelainan kata nya .. kata siapakah ? itu aku tak pasti. hee

kamera versi fujifilm INSTAX terdapat banyak model ..  model-model tersebut disusun mengikut angkat nombor .dan no yang paling tinggi merupakan model yang paling bagus .  ini bedasarkan apa yang aku tahu la ..


- Instax 7s
- Instax 8
- Instax 25
- Instax 50s
- Instax 210



so cerita nya bermula .. :-


aku da mula berminat pada kamera polaroid ini sejak bulan jun lagi bila aku ternampak ada seorang staff yang juga merupakan ibu mempunyai anak yang baru 1 tahun di tempat aku praktikal  . dia beli filem polaroid dengan harga Rm 35  untuk 10 keping filem/gambar..

aku jadi macam. eh ... asal mahal sangat ek ?! makin banyak persoalan timbul kat fikiran aku .. apabila persoalan-persoalan ini timbul . aku mula ingin mengambil tahu lebih mendalam tentang kamera polaroid  , dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada seorang staff yang aku kenal tu . dia kata kamera ni unik , gambar yang dihasilkan pun kecil dan senang di simpan untuk buat kenangan mengambil gambar anak dia supaya boleh diratapi bila masa-masa akan datang ..

walaupun harga filem ini mahal . namun ia amat bermakna bagi beliau .. yela kan , kita sedia maklum gambar dapat menceritakan 1001 kisah . kan kan kan



24-28/12/2013

nak dicarikan cerita nya lagi .

pada pengakhiran bulan lepas , aku da mula ingin memiliki sebuah kamera polaroid Instax8.. aku mencari kat
mudah.my . tapi , mm yela kan used item ni agak was-was cikit dengan fungsi 100% dia. lagi satu aku ingin warna biru ! memang tak la kan nak jumpa.. barang nak second pastu nak demand colour bagai lak tu . haisshh .. zacky zacky ..

so aku decide cari sekitar bandar JB .. fuyoo harga agak tak mampu nak milik sangat la kan .. biasalah benda jual kat shopping mall ni memang dia akan cas termasuk sekali dengan sewa monthly kat mall tu la kan jawabnya .. bukan tak ada duit nak beli . tapi biarlah padan dengan harga . takut nanti bila da beli menyesal la pulak kenapa la tak macam ini .. kenapa la tak macam tu .. macam la bagai nanti .. =_+



29/12/2013

bila usaha sudah sampai di penhujung nya ..aku da nak naik fade-up kotw.  aku da pasrah . maybe itu la harga yang paling murah kat JB ni .. hoho.. pasrah ye ayat
masa ni aku da tak fikir pasal harga .. aku cuma fikir macam mana nak guna kamera polaroid ni kalau aku da beli nanti .. terus klik youtube ~ klik punya klik .. tadaaaa






do you see it ?! 



kalau tengok dari segi cara dia bergambar . ia seperti ingin menunjukkan perbezaan atau cara yang betul menggunakan Instax8 ..  so who are this girl ?

try cari dengan menggunakan nama account youtube dia.. then finally found it at google search -
dari google terus ke fb . ouh, rupa-rupa ini perempuan buat peniagaan kamera Instax online la ..

tengok harga compare kan dengan harga kat sini . memang.. beza banyak . hari tu dan saat tu jugak aku msg dia kat fb . bertanyakan harga . bila da setuju malam tu jugak aku bank in duit .. haha gila gelojoh kau !



2/1/2014

Tahun baru dengan kamera polaroid baru . hamboii .. hehe.
kamera Instax8 aku telah pun sampai ke destinasi . safely arrived !  ^_^  Yey !


Thanks you to miss saffawati's 




soo kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal kamera Instax ini .. boleh la meruju kepada beliau yang juga merupakan business online Instax ..  Saffawati.shop
                 @
Facebook beliau  Saffwati's Blog





 - Old photos bring back memories but memories bring back you - 








In Relationship ... ~



Assalammuaalaikum ...








In Relationship - Meaning of special partner in human nature life that people called LOVE !



so Let's talk about human love ..

Ehem-ehem.. malam ini aku tak dapat tidur. baru je lepas blogwalking dengan bersahaja mencari ilmu or cerita yang boleh dikongsikan daripada teman-teman blogger sekalian .. salah satu entry yang kebetulan aku baca ialah berkaitan dengan ! CINTA !  blogger itu perempuan .. dia menyalahkan lelaki (ex bf) kerana mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka oleh kerana kehadiran orang ketiga . dengan alasan "perempuan itu terlampau baik bagi dia" ... 

Beliau macam tak puas hati , sering tertanya kepada diri dia.. "bagus la dapat yang baik so nak yang macam mana lagi . kenapa perlu ada orang lain sedangkan aku tak pernah buat salah kepada kau langsung "  .... 


okey, ini pendapat aku dalam situasi begini  :-
perlu di ingat ..

kadangkala..
tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.. tidak semua yang kita impikan akan sentiasa bersama kita ..

Bawasanya..
hati dan perasaan kita tidak boleh dipaksa untuk mencintai atau menyukai seseorang  kerana cinta itu pilihan dan bukan paksaan

kita juga tak boleh metipu hati sendiri hnaya untuk kebaikan orang lain bagi mengelak perasaan kecewa dan hampa kerana kita.. kelak nanti kita juga akan menyesal ..



key point 

- tak boleh menipu 
-tak boleh dipaksa

mean 'kejujuran itu penting'

so tak perlu menyalahkan seseorang oleh kerana dia telah memilih orang lain walaupun orang tersebut baru sahaja dia kenali . maybe orang yang dia pilih merupakan jodoh yang telah tertulis untuk dia di luth mahfuz sejak azali lagi . ^_^ 




/\ /\
 .||     ||.

SEKUAT mana kita setia...SEHEBAT mana kita merancang...SELAMA mana kita menunggu...SEKERAS mana kita bersabar...SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...SELAMA mana kita bertahan bersamanya...




Bila kita sebut tentang jodoh ..

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.  ^_^  
Keyakinan itu amat penting disini ye..





Jika benarlah dia bukan dicipta untuk aku . maka aku akan usaha sedaya upaya untuk membuat dia tersenyum walaupun hanya untuk seketika .

usahalah selagi kita mampu. dan seterusnya serahkan segala-gala urusan kepada maha mengetahui lagi maha mengasihi .. ALLAH SWT ~




- End -
Tido






Wednesday, January 1, 2014

BERHATI-HATI KEPADA YANG BANYAK BERCAKAP !!


Assalammuaalaikum.....
( peace be upon you )





Dalam satu hadis  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang mulia bersabda :Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (HR. Tirmizi)


Key Point : 
- Kurang bercakap
- Hati menjadi keras jika banyak bercakap
- Orang yang paling jauh dengan ALLAH adalah orang yang hati nya keras



Dalam kehidupan kita.  kita sebagai seorang ibu, ayah, abang, adik , majikan , bos , pekerja . kita tak dapat lari dari bercakap . bukan tak boleh bercakap. persoalanya sekarang ialah adakah percakapan harian kita ini dapat mengingatkan kita kepada ALLAH atau tidak .

contoh :

ketika selepas makan:  " ALHAMDULILLAH, syukur atas kenikmatan rezeki limpaha daripada ALLAH "

ketika berjaya dalam urusan : "ALHAMDULILLAH dengan usaha dan bantuan ALLAH kita berjaya juga akhirnya"

Ketika memulakan segala pekerjaan : "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" pemudahkanlah segala urusan ku ini ya ALLAH"

dll ..

Hadis ini amat penting untuk kita sama-sama memikirkan bagaimana untuk mengelakkan supaya hati kita tidak keras .

Kita sebagai sebagai manusia sentiasa meninginkan ALLAH berada dekat bersama kita supaya kita dapat berdoa ketika lepas solat 5 waktu sehari setiap hari sehinggakan pengakhiran hayat kita .sebagai ibu kita ingin mendoakan untuk anak-anak dan kebahagiaan mereka, ayah ingin mendoakan kesejahteraan keluarga , majikan ingin mendoakan supaya urusan pekerja dan syarikat beliau dipermudahkan segala urusan .

Namun bila hati keras ialah orang yang paling jauh dengan ALLAH .   =_=

Alangkah rugi nya bila ia nya berlaku ..

Kesimpulanya di sini elakkan diri kita ini daripada bergosip , mengata orang sana sini . berkata-kata dengan sia-sia . jaga lah seluruh percakapan kita supaya hati kita tidak keras dan kita tidak jauh dengan ALLAH .. Wallahu’alam bissawab..

Peringatan untuk diri sendiri juga :)





Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.





wohoo ~~ 

happy new year !!! 

! 2014 !

Klik banner untuk bloglist beliau ... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...