Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 30, 2019

End of April

Assalamualaikum 

Wahh sedar tak sedar hari ni da 30 april 2019. Pantas masa berlalu sepantas itu la aku kejar masa 😅..  Dan dalam mingu depan pada 6 mei 2019 kita akan menyambut kedatangan bulan mulia ramadhan.. Bulan yang kita paling nanti-nanti kan selama setahun. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nya.. 

Aku? Tahun ini tidak seperti tahun-tahun lepas.. Persediaan untuk peperiksaan pada 2 julai nanti agak membuat aku stress yang lebih hebat dari putus cinta haha.. Yela kan siapa tak stress bila mana kau daa bayar dalam rm 6k takan kita tak nak buat yang terbaik kan? 

Lagi satu permulaan ramadhan kali ini juga agak berlainan. Dan kemungkinan syawal juga bakal menjadi kelainan. Sedih pedih padu di situ.. 

Ya Allah permudahkan la segalanya.. Aku stress Ya Allah aku banyak dosa aku tak tahu nak buat apa.. Ya Allah bantu lah aku.. 😭

Tips persiapan sebelum Ramadhan ialah banyakan istighfar.. 
Kadang bila mana kita rasa malas untuk melakukan ibadah dan baca quran dan sembahyang pun kurang khusyuk dan juga kurang melakukan kebaikan.. Sebenarnya sebab kita banyak dosa, so feel untuk beribadah tu akan kurang.. Amalkan la istighfar sebanyak mungkin.. Letak minimum 1k sehari.. Lagi banyak lagi bagus.. Semoga pesanan ini bermanfaat dan juga bermakna buat diri aku bila aku baca balik post ni..  Insyaallah 

Pesanan penaja. Banyakan lah berdoa.. Dan doa bukti pengharapan kita hanyalah kepada Allah.. Bukan makhluk. 

Sayonara
30042019
1518






Sunday, April 14, 2019

Pengorbanan

Assalamualaikum

Pengorbanan ialah sesuatu perkara yang sanggup kita berikan atau lepaskan  demi suatu perkara yang baik. Tak kiralah pengorbanan dari segi masa ke bersifat kebendaan ke atau juga perasaan. Ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan impian atau harapan yang kita inginkan selepas dari itu.

Apa yang kita perlukan sebelum kita lakukan pengorbanan ialah YAKIN.
Yakin la. Setiap perkara yang baik akan di gantikan dengan kebaikan
Yakin la. Setiap usaha yang kita lakukan akan beroleh hasil yang diharapkan
Yakin la. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya
Yakin la. Tiada suatu pun yang kebetulan
Dan yang paling penting
Yakin la pada Allah.  Sebab setiap perkara tu berlaku dengan izin Allah.

Lumrah manusia, kadang kita frust dan hampa serta salahkan diri sendiri akan sesuatu perkara yang kita hadapi.. Kita da atur sebaik mungkin da. Tapi masih lagi tak memihak kepada kita betul tak?  tak kira la perkara apa pun. Sebenarnya kita kena tahu , sebaik mana pun aturan kita.. Allah tu maha mengatur. Allah maha mengetahui. Bila perkara tu tak menjadi kenyataan sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang baik untuk kita dan ia datang dari segi ujian yang diberikan mengikut kemampuan hambanya..

Allah sayangkan kita semua. Cumanya ialah kita perlu melakukan pengorbanan dalam kehidupan  demi mendapatkan keredhaan dari Nya.

Persoalanya sekarang bukan mampukah kita..
Akan tetapi YAKIN kah kita?

14042019
2050


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...