Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 1, 2020

Munajat Ramadan


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya ‘alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar daripada semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yangg baik-baik utk diri kami.  Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu utk kami ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil…
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak berdosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah.
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu. Ya Allah…ya Rahman, pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah.
Ya Allah…
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik; dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah…Ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah kami daripada sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim…
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.
Ya Allah Ya Malikal Mulk.
Ya Razak…Ya Fattahu Ya ‘Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah…
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.

Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah…Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah, janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan dtg.
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah. Jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di malam al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abad. Kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya.

Aamiin3 ya rabbal’aalamiin...

Sunday, April 12, 2020

Jahil

Assalamualaikum

Hai..
Sedar tak sedar kita hampir kepada bulan ramdahan.. Allahuakbar.. Cepat sangat masa berlalu. Sefeoar itulah juga perubahan peruabhan dalam kehidupan aku berlaku.. Pada hari ini aku tak tidur seharian.. Fikiran melayang melayan diri.

Aku termenung.. Sanbil fikir. Tiba tiba air mata aku mengalir deras laju mebyentuh pipi..
Tersentak..
Ya Allah.. Aku banyak sangat dosa.. Jahil sangat.. Banyak lalai dan melakukan perkara zina terhadap Mu Ya Rabb..
Aku malu sangat.. Ya Allah jika bukan kerana engkau menukup aib ku. Maka aku tidak berdaya menjalanu kehidupan ini kerana akan malunya terhadap dosaku..

Maka nkmat yang manakah kamu dustakan? Nangis 😭😭


Sedar lah wahau kawan..
Dunia ini semenrara.
Akhirat juga selamanya .
Taubatlah kawan
Semoga Allah mengampuni dosa mu yang lalu...


Sedarkah akan kita
Ramadhan kali ini tidak seperti sebelumnya . Ternyata kita masib dalam rempuh PKP.. Quarantine diri dln rumah demi kesihatan masing2..
Masjid sudah tiada terawih.. Umrah dan juga haji kemungkinan dibatalkan..
Allah. Akhir zaman betul da kita ni..
Dah prepare ke amalan?
Cukup ke semua bekalan?
Dah taubat je? Atau masih leka dan lalai?

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar




Friday, March 27, 2020

Rehat

Assalamualaikum 

Hai sawang sawang
Apa kabar? Sihat? 😌

Hurm setelah sekian lama berehat. Mungkin kali ini aku akan kerap update my blog.. Huhu. Maklum lah sebab kuarantin untill tak tahu sampai bila. Apa pun yang terjadi.. Masa ini lah untuk kita semua munasabah diri berehat dari segala perkara.. Namun tingkatkan ibadah kita kepada Allah.. Ingat tu..

Hidup ini adalah sebuah perjalanan.. Dan dunia ini ialah sebuah persinggahan akhirat kekal selamanya.. Kadang kita rasa penat sangat lelah dengan perkara menimpah diri kita.. Bila mana semua perkara yang kita impikan tidak jadi kenyataan.. Kita stress kita depression kita hilang arah tuju tekanan yang berulang kali belenggu diri.. Di situ kita perlukan hentian rehat.. Rehat la kawan! Tenangkan diri. Ambil lah masa seberapa banyak yang anda mahukan.. 

Rehatlah supaya tiada tidak lagi menyeksa diri dan juga orang lain. Hentikan dan cegah lah ia sebelum jadi lebih kritikal.. 

Allah.
rindu sangat mak aku..sangat2.. 
Aku tak dapat bayangkan jika aku kehilangannya dalam hidup. Suatu penyesalan yang teramat sangat.. Banyak sgt aku abaikan tanggungjawab sbg seorang anak.. Lagi masa covid ni nak balik pun tarak boleh..  Sadis.

Kepada mereka yang masih ada ibu.. Kalian jaga la baik2 ..Sesungguhnya doa seorang ibu amat hebat nilainya.. Hargailah mereka k! 


Kenangan terindah 




Jom rehat.. ☺️ 
Sayonara 

Wednesday, February 19, 2020

Hargai

Assalamualaikum

Hai laman sesawang.
Kali ini aku ingin ceritakan tentang hargai.

Ok bagi pendapat aku. Apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ia akan melibatkan dengan masa. Ya masa!  Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Rugi sangat2 jika kita ambil isu ini dengan leka.

Masa terbagi kpd 3
Masa lalu masa kini dan masa depan. Namun apa yang kita sudah tahu ialah akan masa lalu, ambil la pengajaran dari kisah silam kita. Supaya kita lebih matang hadapi kehidupan di masa depan. Masa kini iaalah anugerah daripada Allah untuk kita terus usaha ke depan ubah untuk kebaikan dan redha Allah.. Buat amal kebaikan seberapa byk yang boleh. Dan untuk masa depan pula.. Apa yang kita semai benih pada hari ini itulah masa depan kita. Usaha tangga kejayaan. Ada juga masa depan yang tidak dapat kita ramal seperti sakit jodoh rezeki dan mati. Sentiasa ingat mati supaya kita selalu dekat dengan Allah..

Dalam masa juga mempunyai kehidupan makhluk sama ada antara manusia atau sebaliknya. Hargai lah mereka. Jangan  sakitkan hati sesiapa pun lebih2 lagi orang yang dekat dengan kita.. Maaf kan lah kesalahan orang yang sakitkan hati kita. Supaya dada kita lapang. Berikanlah mereka kepercayaan kepada anda bukan sebaliknya. Sebab kepercayaan bila sudah dimingkiri ia susah untuk terima kembali..  Kenali lah diri supaya tak sombong dan ego untuk selalu minta maaf.

Dan pesanan terkhir ialah.
Jangan bila mereka sudah tiada kita mula ingin hargai..
Lebih2 lagi melibatkan hati dan perasaan.
Sebab kita takkan jumpa lagi peluang yang sama
Untuk berkali kali setelah kita khianati..





Sayonara,






Friday, February 14, 2020

Takut


ku takuti janji yang tak dimakburi
ku takut masalah yang menanti
ku takut segala yang ku kan hadap
hidup ini gila memang gila babi


ku takuti nafasku dicuri
ku takuti kamu dan diri ini
segala cabaran yang aku bakal tempuhi
ku takuti segalanya di dunia ini


masih ada lagi masa untuk
lihat dunia berputar tapi
masa kita sangat suntuk
ku takut jika ita tidak cukup nanti


kalau aku sudah lupa janji
yang pernah aku janjikan itu
tolong maafkan aku..



Saturday, January 25, 2020

Penat


Pada suatu ketika, kau tak mampu lagi menipu diri sendiri. Selama kau hidup berpuluh tahun tak terucap berapa kali jiwa kau remuk dan hancur.

Berterusan hidup kau dihentam dengan permasalahan yang berat. Malah, kian bersambung keperitan yang mengelirukan fikiran akan soal hikmah disebalik-bertalu talunya panahan ujian.

Sepertinya, kau merasakan mungkin nasib kau bergitu yang tidak kau temui akan munculnya pelangi selepas hujan sebagai gantian.

Sebab kau sudah lama terperuk dalam pergelutan yang memaksa untuk kau bangkit dan tersenyum, di saat kau belum melayari bahtera kebahagiaan sebenar yang kau mahu.

Sering kau mengatakan kau penat.
Tapi kau masih berada di sini dan bersungguh memohon pertolongan Tuhan.
Bukan senang untuk terima bila banyak kali kau kecewa.
Tuhan jadi kan kau istimewa, yang sanggup berhadapan segala rintangan.
Berbahagialah, kerana kau salah seorang yang Tuhan tinggikan darjat.


25012020
0818

Thursday, January 23, 2020

Doa & Redha

Dalam video ceramah Nouman Ali Khan tentang macam mana doa bekerja, dia ada bagitau yang doa ni adalah perbualan hamba dgn tuhan dan bukan semata mata permintaan hamba kepada Allah. Tapi dalam perbualan tu adalah permintaan hamba kepada Allah.

Konsep dia, kalau hamba meminta pada tuan dia, yakni Allah, bagi tak bagi tu terserah kepada Allah lah. Lain beza dia kalau kita faham konsep ni, antara berbual dan meminta. Kadang kadang kita ni kalau meminta sesuatu, macam kita paksa Allah bagi kita apa yg kita nak sedangkan Allah lebih tahu apa yg kita nak tu baik atau buruk buat kita.

Tapi kalau kita berbual, perasaan tu rasa macam, somehow rasa macam Allah tu ada dan Dia akan jaga aku. Tak semestinya apa yg aku minta ni yg akan keluarkan aku dari masalah aku sedangkan Allah boleh wujudkan 1001 asbab lain utk keluarkan aku dari belenggu masalah ni.

Ustazah Asma Harun ada ajar kalau kita berdoa, akhiri doa kita dgn menyatakan andai ini yg terbaik buat aku, maka mudahkanlah urusanku dan andai ini buruk buat aku, redhakanlah aku menerima takdirMu. Mungkin dengan lafaz ini, Allah rendahkan ego kita untuk dapatkan apa yg kita nak dan Dia beri kita ketenangan dalam berdoa dan yakin pada Nya 😊





23012020
1533
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...