Assalamualaikum
Wahh sedar tak sedar hari ni da 30 april 2019. Pantas masa berlalu sepantas itu la aku kejar masa 😅.. Dan dalam mingu depan pada 6 mei 2019 kita akan menyambut kedatangan bulan mulia ramadhan.. Bulan yang kita paling nanti-nanti kan selama setahun. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nya..
Aku? Tahun ini tidak seperti tahun-tahun lepas.. Persediaan untuk peperiksaan pada 2 julai nanti agak membuat aku stress yang lebih hebat dari putus cinta haha.. Yela kan siapa tak stress bila mana kau daa bayar dalam rm 6k takan kita tak nak buat yang terbaik kan?
Lagi satu permulaan ramadhan kali ini juga agak berlainan. Dan kemungkinan syawal juga bakal menjadi kelainan. Sedih pedih padu di situ..
Ya Allah permudahkan la segalanya.. Aku stress Ya Allah aku banyak dosa aku tak tahu nak buat apa.. Ya Allah bantu lah aku.. 😭
Tips persiapan sebelum Ramadhan ialah banyakan istighfar..
Kadang bila mana kita rasa malas untuk melakukan ibadah dan baca quran dan sembahyang pun kurang khusyuk dan juga kurang melakukan kebaikan.. Sebenarnya sebab kita banyak dosa, so feel untuk beribadah tu akan kurang.. Amalkan la istighfar sebanyak mungkin.. Letak minimum 1k sehari.. Lagi banyak lagi bagus.. Semoga pesanan ini bermanfaat dan juga bermakna buat diri aku bila aku baca balik post ni.. Insyaallah
Pesanan penaja. Banyakan lah berdoa.. Dan doa bukti pengharapan kita hanyalah kepada Allah.. Bukan makhluk.
Sayonara
30042019
1518
No comments:
Post a Comment