Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 4, 2011

Guna papan iklan minta pekerjaan

FEILIM MAC AN IOMAIRE berdiri di depan papan iklan yang mempromosikan dirinya yang meminta pekerjaan di sebatang jalan raya di Dublin, Ireland kelmarin. 
 

DUBLIN - Seorang penganggur, Feilim Mac An Iomaire kini memperoleh puluhan tawaran temu duga selepas dia membelanjakan £1,700 (RM8,379) untuk memasang papan iklan besar di sini yang mengandungi mesej meminta diberikan pekerjaan bagi mengelak dirinya berhijrah lagi.

Lulusan Universiti National Ireland di Galway itu menjadi perbualan ramai di laman Twiter dan Facebook selepas papan iklan tersebut dipasang di sini.

Dia kembali ke Ireland pada Ogos 2010 selepas setahun bekerja di Australia sebagai ejen pelancongan dan penyelaras majlis di sebuah hostel di Sydney.

Namun, dia kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan disebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Ireland iaitu hampir 15 peratus.

Dia tinggal bersama ibu bapanya dan mendapat bantuan kebajikan £160 (RM788) seminggu.

Perasaan kecewanya itu kemudian bertukar menjadi sumber inspirasi untuknya menghasilkan papan iklan tersebut.

Pada April lalu, dia membeli beberapa gambar dari sebuah agensi Indonesia, mencari pelukis pereka grafik dan jurugambar tanpa dikenakan sebarang bayaran dan berbincang dengan sebuah agensi pengiklan terbesar untuk medapatkan ruang memasang papan iklannya.

Papan iklan itu di sebatang jalan raya di sini telah menarik perhatian ramai kerana dianggap sebagai idea pemasaran diri yang terbaik.

Dia kini berharap akan memperoleh pekerjaan menjelang akhir bulan ini selepas menerima puluhan tawaran temu duga..








p/s :  hebat kan ?  kreatif . .  semangat macam ni lah yang kita nak ...   hehe .. kepada penganggur yang tanam buah anggur tu.. sila buat papan iklan anda sekarang.. :P






nak seribu daya.. 
tanak seribu dalih..

Friday, June 3, 2011

Trauma dengan Pisau Cukur ~









Assalammualaikum ..~




masa kecik dulu, aku kalau nak potong rambut mesti takut dengan benda ala ni..  huhuu.. mana tak yer..  kepala aku luka sebab bende ni lah..  bila 'barber' dah settle gunting.. tinggal nak cukur je.. haa siap.. kepala aku dah tak tentu arah.. sampai barber tu terpaksa pegang kapala aku kuat2 ..  last2 luka jugak.. 

perghh pedih woo ..masa mandi punya la sakit menahan kepedihan ..~ aiiyakk ..  




tu lah kenangan aku dengan pisau cukur yang tak dapat aku lupakan sampai laa ni.. hahaa.. 


p/s :  sebenarnya aku baru jer lepas gunting rambut.. 'mohawk' style beb..   :P 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...