Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 22, 2010

remaja ouh remaja ~!!

LAGI kisah remaja hilang ikut teman lelaki. Tanpa kita sedari, semakin banyak kes remaja hilang mengikut teman lelaki yang baru mereka kenali. Apakah kita hanya menutup mata dengan peningkatan kadar jenayah seperti ini ~~~ !!

Tidak dinafikan remaja zaman kini semakin agresif dan ligat melakukan aktiviti tidak sihat. Aktiviti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah dan seterusnya menyebabkan kes pembuangan dan pembunuhan bayi isu yang semakin hangat. Saban hari pasti ada isu seperti ini memenuhi dada akhbar. Saya percaya ibu bapa semakin peka perkembangan dan kegiatan anak-anak mereka, ditambah pula berita disajikan media yang membimbangkan.


Cuma menyedihkan remaja kita semakin pandai menutup kesilapan dan menyembunyikan kesalahan mereka. Sedar wahai remaja, jangan kita semakin hanyut dalam hiburan yang melalaikan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...