Assalammuaalaikum.....
( peace be upon you )
Dalam satu hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang mulia bersabda :Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (HR. Tirmizi)
Key Point :
- Kurang bercakap
- Hati menjadi keras jika banyak bercakap
- Orang yang paling jauh dengan ALLAH adalah orang yang hati nya keras
Dalam kehidupan kita. kita sebagai seorang ibu, ayah, abang, adik , majikan , bos , pekerja . kita tak dapat lari dari bercakap . bukan tak boleh bercakap. persoalanya sekarang ialah adakah percakapan harian kita ini dapat mengingatkan kita kepada ALLAH atau tidak .
contoh :
ketika selepas makan: " ALHAMDULILLAH, syukur atas kenikmatan rezeki limpaha daripada ALLAH "
ketika berjaya dalam urusan : "ALHAMDULILLAH dengan usaha dan bantuan ALLAH kita berjaya juga akhirnya"
Ketika memulakan segala pekerjaan : "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" pemudahkanlah segala urusan ku ini ya ALLAH"
dll ..
Hadis ini amat penting untuk kita sama-sama memikirkan bagaimana untuk mengelakkan supaya hati kita tidak keras .
Kita sebagai sebagai manusia sentiasa meninginkan ALLAH berada dekat bersama kita supaya kita dapat berdoa ketika lepas solat 5 waktu sehari setiap hari sehinggakan pengakhiran hayat kita .sebagai ibu kita ingin mendoakan untuk anak-anak dan kebahagiaan mereka, ayah ingin mendoakan kesejahteraan keluarga , majikan ingin mendoakan supaya urusan pekerja dan syarikat beliau dipermudahkan segala urusan .
Namun bila hati keras ialah orang yang paling jauh dengan ALLAH . =_=
Alangkah rugi nya bila ia nya berlaku ..
Kesimpulanya di sini elakkan diri kita ini daripada bergosip , mengata orang sana sini . berkata-kata dengan sia-sia . jaga lah seluruh percakapan kita supaya hati kita tidak keras dan kita tidak jauh dengan ALLAH .. Wallahu’alam bissawab..
Peringatan untuk diri sendiri juga :)
12 comments:
Selamat tahun baru 2014 jugak zack! :D
mulut susah nak jaga, hati lagi susah nak jaga dr bercakap benda tak baik.... muga Allah lindungi kita dari hati yang keras....
thnks join bloglist akk...
happy new year
Nice sharing.. Happy New Year! ;)
terima kasih atas peringtn ini.. in Syaa Allah memberi bnyk manfaat terutama kat ayie ni yg bnyk ckap..
terima kasih atas peringtn ini.. in Syaa Allah memberi bnyk manfaat terutama kat ayie ni yg bnyk ckap..
Selamat tahun baru yer :)
makin bnyk cakap,makin banyak bohong
peringatan yg baik untuk dri ni. nice entry =)
setuju dengan entree nie..!! ^_^
oppss..sy la tu terlalu bnyk berceloteh.. tq abg ketak2 bg peringatan..
alhamdulillah entry yg bermanfaat..:DD
sering kali manusia dijadikan tempat utk mengadu dan meluahkan rasa hati, makanya tercetus perasaan bertikam lidah dan mengata sesama sendiri..
mujur ada yang menasihati agar terus berdiri di landasan Ilahi, mengadu pada Dya yang sudi.. :)
Post a Comment