Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 2, 2014

Fujiflm Instax 8


Assalammuaalaikum ...


INSTAX 8




- merupakan sebuah kamera polaroid dimana bila kita petik je kamera terus keluar filem .. dan dengan beberapa minit je tungu filem tu berubah menjadi gambar ..  waa menarik kan ..

actually kamera polaroid ni lama da dicipta sejak 1970 mengikut kata  en wikipedia  ..
namun semenjak dua menjak ni .. kamera ini menjadi tarikan kepada masyarakat atau penduduk dunia zaman sekarang yang iginkan kelainan kata nya .. kata siapakah ? itu aku tak pasti. hee

kamera versi fujifilm INSTAX terdapat banyak model ..  model-model tersebut disusun mengikut angkat nombor .dan no yang paling tinggi merupakan model yang paling bagus .  ini bedasarkan apa yang aku tahu la ..


- Instax 7s
- Instax 8
- Instax 25
- Instax 50s
- Instax 210



so cerita nya bermula .. :-


aku da mula berminat pada kamera polaroid ini sejak bulan jun lagi bila aku ternampak ada seorang staff yang juga merupakan ibu mempunyai anak yang baru 1 tahun di tempat aku praktikal  . dia beli filem polaroid dengan harga Rm 35  untuk 10 keping filem/gambar..

aku jadi macam. eh ... asal mahal sangat ek ?! makin banyak persoalan timbul kat fikiran aku .. apabila persoalan-persoalan ini timbul . aku mula ingin mengambil tahu lebih mendalam tentang kamera polaroid  , dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada seorang staff yang aku kenal tu . dia kata kamera ni unik , gambar yang dihasilkan pun kecil dan senang di simpan untuk buat kenangan mengambil gambar anak dia supaya boleh diratapi bila masa-masa akan datang ..

walaupun harga filem ini mahal . namun ia amat bermakna bagi beliau .. yela kan , kita sedia maklum gambar dapat menceritakan 1001 kisah . kan kan kan



24-28/12/2013

nak dicarikan cerita nya lagi .

pada pengakhiran bulan lepas , aku da mula ingin memiliki sebuah kamera polaroid Instax8.. aku mencari kat
mudah.my . tapi , mm yela kan used item ni agak was-was cikit dengan fungsi 100% dia. lagi satu aku ingin warna biru ! memang tak la kan nak jumpa.. barang nak second pastu nak demand colour bagai lak tu . haisshh .. zacky zacky ..

so aku decide cari sekitar bandar JB .. fuyoo harga agak tak mampu nak milik sangat la kan .. biasalah benda jual kat shopping mall ni memang dia akan cas termasuk sekali dengan sewa monthly kat mall tu la kan jawabnya .. bukan tak ada duit nak beli . tapi biarlah padan dengan harga . takut nanti bila da beli menyesal la pulak kenapa la tak macam ini .. kenapa la tak macam tu .. macam la bagai nanti .. =_+



29/12/2013

bila usaha sudah sampai di penhujung nya ..aku da nak naik fade-up kotw.  aku da pasrah . maybe itu la harga yang paling murah kat JB ni .. hoho.. pasrah ye ayat
masa ni aku da tak fikir pasal harga .. aku cuma fikir macam mana nak guna kamera polaroid ni kalau aku da beli nanti .. terus klik youtube ~ klik punya klik .. tadaaaa






do you see it ?! 



kalau tengok dari segi cara dia bergambar . ia seperti ingin menunjukkan perbezaan atau cara yang betul menggunakan Instax8 ..  so who are this girl ?

try cari dengan menggunakan nama account youtube dia.. then finally found it at google search -
dari google terus ke fb . ouh, rupa-rupa ini perempuan buat peniagaan kamera Instax online la ..

tengok harga compare kan dengan harga kat sini . memang.. beza banyak . hari tu dan saat tu jugak aku msg dia kat fb . bertanyakan harga . bila da setuju malam tu jugak aku bank in duit .. haha gila gelojoh kau !



2/1/2014

Tahun baru dengan kamera polaroid baru . hamboii .. hehe.
kamera Instax8 aku telah pun sampai ke destinasi . safely arrived !  ^_^  Yey !


Thanks you to miss saffawati's 




soo kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal kamera Instax ini .. boleh la meruju kepada beliau yang juga merupakan business online Instax ..  Saffawati.shop
                 @
Facebook beliau  Saffwati's Blog





 - Old photos bring back memories but memories bring back you - 








12 comments:

msredcheesecake said...

akk pakai instax 25...mmg mahal sket 1 picca kira rm 2 lebih... so kena snap picca terpilih je... kalau semua nak snap guna instax mahal la...

have fun with ur new toy...

zacky786 said...

waaa.. Instax 25 ...
mm tula ..

apa pun terima kasih ye .. ^_^

gadisBunga™ said...

amboih. menarik nih!

zacky786 said...

menarik kn ? jom2 .. join pakai polaroid meriah kn lagi suasana

Jejari Menaip said...

agaknya entahlah mampu milik k x,.....hihihi...seriously really awesome

kindergartenlibrary said...

cantiknya kamera tu..comel !

haryati said...

syok jugak kan...

AmySyahiera Malik said...

pernah jugakk pasang angan2 nak memiliki camera nie since nampak jiran pakai disebabkan kecomelannya . tapi , haha . maklumlahh budak baru habis sekolah , takkan nak susahkan mak ayah kan . hehe . seronok la dia da dapat kan ? hehe xD

Pwincess said...

nakkkkkkkkkkkkk jugak!

Pha Is said...

ada kawan sorg yg ada kamera polaroid ni.. mmg "film" dia tu agak mahal..

Dkna Abza said...

cute!!

Anonymous said...

Adoi nk tgk cara nk gne kena bkak u tube.
.u tube problem....alahai....ade cameranya tpix tau gne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...