Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 30, 2013

30 - 12- 2013



Assalammuaalaikum ..

Berlaku  tepat pukul 12 tgh malam  td.. 
hari baru tarikh baru dan juga peristiwa baru..

aku accident naik motosikal ! damn . kadang kala malang tu tak berbau kan . memang aku tak bau langsung tadi. tahu-tahu je da tertonggeng berguling sesorang kat tepi jalan .  Mm sakit woo . kaki bela kiri aku luka berdarah dengan banyak sekali . takut nak tangok darah ni . ngeri ~ 

Then aku just cuci and maybe esok baru aku pergi klinik check dan amik MC .. sekarang ni pun nak menangis da weyh aku tahan sakit ni. namun dikuatkn juga jari jemari untuk update blog dengan cerita 30-12-2013.. sob.sob .. 

Hampir nak masuk tahun baru . namun badan pula kesakitan . apala nasib . 
macam mana aku leh accident ? 

ceritanya bermula .. apabila aku sedang membawa motor melakukan aktiviti rutin dimana setiap hari rabu dan ahad aku akan snap gambar iklan di sesetengah kawasan Johor Bahru . bawak motor pun sempoi je layan perasaan. tak gopoh , tak laju , just rileks and steady .. sampai selekoh ke kiri satu kawansan ni dekat Taman suria . aku pun membelokan motor dengan slumbernya.. 

dan dengan tiba-tiba jalan tu tak rata ..disebabkan jalan tu under construction . repair jalan kotw ! aku pun tak tahu .. dengan terkejut cuba lawan balik dengan perbetulan handle motor ke kiri. rupa-rupanya lubang jalan tu amat dalam sampai tayar tak lepas untuk membelok . bila tayar da tersangkut . motor pun rebah dengan sendirinya. aku pun bergolek macam ayam golek dengan hebat nya .

fuhh .~ pedih woo .. berpusing kepala aku . tak tahu arah mana ingin ku tuju . jalan ke sana sini sambil menahan kesakitan yang teramat pedih !! 

lepas je aku accident tu , ada dua orang brother motor tolong aku angkat kan motor dan tengok keadaan motor sambil ambil berat tentang aku .. aku terima kasih sangat-sangat . semoga ALLAH saja la dapat membalas jasa mereka.. 

dengan perlahan aku menaiki motor dalam menahan kesakitan pedih .. masa bawak motor , mm yela kan bila kaki da berdarah calar balar.. mesti la pedih bila terkena angin.. mau nangiss wooo ..~ 


setakat ini jela cerita yang ingin ku coretkan di entri ni .. so konklusi di sini adalah .. bawak la kenderaan dengan berhati-hati . ikut peraturan . kadang kala kita dah rasa selamat. tapi disebabkan keadaan yang menyebabkan kita tak selamat. so ALERT tu penting  . ada faham .. ~ ke aku yang tak faham ni .. huhuu 

kalau  tidak

-


-

-

-





ini la akibatnya .. 
hohooii pedih woo ..  :( 


sayonara... 





4 comments:

MamaHarriz said...

uwaaa sakitnyee.rest byk2 huhu..

ros_reeza said...

moga cepat sembuh :)

gadisBunga™ said...

cepat sembuh ye...

pasni sentiasa ingat..jalan tak selalu rata. sedangkan kete boleh pecah tayar kalau masuk lubang gitu...ini kan pulak motor..

jgn makan food yang gatal2 ye...nanti lambat baik luka sebab asyik nak bergaruuu je...

Akeyla Azmi said...

ADOIIIIIIIIIIII TT_TT
AAAA SAKITNYAAA AAAAAAAA
hahahaha histeria dah ni

get well soon ye jgn lupa makan lah ubat tu T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...