Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.
Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.
"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.
“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,”
13 comments:
kalau tanak baby tu bg je kat saya.kan senang.demm...
ya ampun, teganya org yg membuang bayi ituu....it's very bad to be heard.
semoga shj Allah membalas perbuatan si pelaku.
apalah diorang ni gila ke apa.apasal kejam ..dah tak nak sangat bagi kat orang lian,x pelu buang,ramai yg nak baby
kejam gilaa! kejam gilaaaa! xdak hati peruttt... tanggunglaa dosa nnti..
kejam sgt..sgt
walau tknk pun bole diberi
pd tmpt kbjikan atau org
yg mmg nakkan bayi..
bukan dcampak seperti brg
mainan sesuka hati.. ;(
kejam owh..
semoga Allah bagi balasan yang setimpal ngan si pelaku tu..
kesian baby2 tu x sempat tengok dunia.. :(
kejam dowh ! rumah anak yatim kn ade ? terok aaa ..
sedih bila baca paper pagi td pasal kes nih...binatang pun sygkan anaknye...
mmg berhati binatang btl kan manusia yg buat nie
apalah salah baby tuh
sedey kot..sampainye hati
ya allah...manusia kah itu??
haish...kucing kami pon pandai jaga anak..
zacky..akak nie punya la nak ada baby...biar berisi perut..tpi org2 nie mudah ja buang2 mcm sampah...bukan senang wooh...
kesian baby tue..
sedih sgt...sebak tiap kali baca entri psl kes nih..
serius memang kecian bayie tersebut..aduyai, bila lh mreka mahu sedar.. anak itukn anugerah Allah yg paling berharga sekali..
Post a Comment