Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 10, 2010

ishhk3 ~

Isshkk3..
lg2 berita psl MATI..
bunuh sana, bunuh sini..
HAng nak jadi ap ?
gangstaR ~??
(( cm knal jer ayt nie )) :P


Berita baru2 ini ..
Pmbunuhan y agak kejam sekali.. !!
Den xthu nk ckp apa dah.. agak terkilan ..

Jom baca :


Lelaki ditetak menantu meninggal



KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia 52 tahun parah akibat ditetak menantu berusia 23 tahun dalam pergaduhan di rumahnya di sini petang kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa, Armen Suardi, 52, cedera di kepala dan dada selepas diserang menantunya menggunakan objek tajam dipercayai pisau.

Mangsa berlumuran darah pergi sendiri ke Balai Polis Bandar Tenggara bagi membuat laporan berhubung perkara itu sebelum dihantar ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mangsa terpaksa dirujuk ke HSA sebelum disahkan meninggal dunia selepas 16 jam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, ketika mengesahkan kejadian berkata pihaknya terus melancarkan gerakan memburu suspek sejurus menerima laporan.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke Mersing selepas kejadian itu namun dengan kerjasama semua pihak, lelaki berusia 23 tahun itu berjaya ditahan di rumah keluarganya di Kampung Lubuk, Pengkalan Batu,” katanya.

“Suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam. ~ sumber ~



Pekerja dituduh bunuh remaja OKU


PETALING JAYA: Seorang pekerja rumah kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di rumah kebajikan itu di Taman Kanagapuram di sini, bulan lalu.

S Tirupathi, 26, dituduh membunuh Brian Goh Kah Heng, 19, di rumah No 38, Jalan 18/9, Taman Kanagapuram di sini, antara jam 10.30 dan 11.30 pagi, 24 Oktober lalu.

Tertuduh berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tirupathi yang memakai baju T berwarna coklat dan seluar gelap mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah tetapi tiada pengakuan direkod daripada tertuduh.

Majistret menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan kes. ~sumber~



-_- ~ mood exm mandarin kjp lg.. hoho nk jwb apa nie ! :P

12 comments:

Anisa said...

awak.gud luck utk exm mandarin yeee

ni haww maa
heheh

zacky786 said...

Wo heN haO .. Xie Xie .. hehe..

tQ..!! ;)

AJIE said...

peh,bapak kejam oh!org tak brdaya jdi magse.mnusia kini mudah hilng kwarasan.knpekah?*mud hampa.haha

all da best untuk exam mndarin.jgn kau pegi pukul examiner tu pulak bile tensen sklan tu sng sgt.XD

Syazwana said...

kota tinggi??
ish ish
ape nak jadi ni
takot ni nak balik kota tinggi
:p

zacky786 said...

thu xpe ~ ermm manusia akhir zmn..!! mcm2 ada..

TQ wahai si labah2..

zacky786 said...

syaz : 2la psl.. ishk3..!!

jgn tkot lorr.. suspek dh d'thn kot.. dlm s'juta olang.. die jerr y terpilih utk tetak bpak mertua die sndiri..

H.A said...

eee..takotla zaman skang ni...harap2 tak dpt ahli keluarga baru yg "gile" camtu.... g mane2 pon skang kene hati2 kan...
by the way gud luck exam ye :)

entri terbaru : "sebenarnye die tak suke awak""

chocolate.aholic said...

amat kejam ler~

dayah SnoW Heuka said...

apabila manusia mengambil alih tempat menjadi malaikat maut.. uishhh sgt dasyat @_@

Unknown said...

dunai akhir zaman..benda tu dah jadi macam perkara biasa..mintak kita semua dijauhkan..

p/s jom komen blog saya

zacky786 said...

feez: 2la psl.. mntak dijauhkn la yerpp Amin..
baru jerpp hbs exm.. !! :D

choco : kejam teramat..!

dyh : whoaa.. dasyat2

zacky786 said...

RI : ok2.. den terjah blog hang erkk..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...