Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 14, 2010

juaL MANUSIA lg untung erkk ? isshkkk...

12 lagi bayi dicari


Suspek dibayar sehingga RM15,000 seorang



KUALA LUMPUR: Suspek wanita yang hidup mewah kerana dipercayai menjadi pembekal bayi kepada sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, dikesan sudah menjual l2 bayi kepada hospital itu sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata kini pihaknya sedang mengesan bayi yang diragui statusnya itu dan tidak menolak kemungkinan ada kaitan dengan suspek.
Kita masih menyiasat suspek bagi mengesan bayi yang sudah dijualnya dan turut mengesan wanita yang pernah bersalin di hospital itu bagi membantu siasatan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.
Beliau berkata, sejak terbabit dalam kegiatan itu, suspek dipercayai dibayar oleh hospital berkenaan antara RM12,000 hingga RM15,000 bagi seorang bayi yang diperoleh.

Katanya, polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terbabit dengan sindiket itu terutama orang tengah yang mengatur mangsa untuk datang ke hospital berkenaan.

Difahamkan, bayi yang dilahirkan di hospital itu bukan saja dijual kepada rakyat tempatan yang berkemampuan, malah ada yang dijual ke negara jiran terutama Singapura.

Kita masih menjalankan siasatan sama ada terdapat individu lain yang terbabit terutama orang tengah yang mengatur mangsa datang ke hospital itu untuk bersalin.
Kita percaya, orang tengah atau pengantara ini menggunakan taktik tertentu bagi mengumpan mangsa untuk bersalin di hospital itu dan dipercayai turut menggunakan wang ringgit bagi mengumpan mangsa, katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut ditawarkan tempat untuk bersalin secara percuma di situ namun selepas bersalin, mangsa dipercayai diugut untuk menyerahkan bayi mereka kepada hospital berkenaan.

Berita Harian semalam melaporkan, wanita berusia 40-an yang hidup dalam kemewahan dipercayai hasil daripada penjualan bayi itu ditahan di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan dan kini ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, seorang doktor yang bergelar Datuk ditahan bersama isteri dan anak perempuannya termasuk tiga kakitangan hospital berkenaan pada 1 November lalu, namun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 9 November lalu.

Selain mereka, turut ditahan seorang wanita dan dua lelaki pada Selasa lalu dipercayai ada kaitan dengan sindiket terbabit dan salah seorang daripada mereka ditahan reman sehingga esok




*zmn skrg.. manusia sanggup buat apa saja utk dpt DUIT..!!!

2 comments:

AJIE said...

kesian kot.bayi tuu.msti la dia nk ngn mak dia.tak berperikmnusiaan btul.

zacky786 said...

sdih kn... ishk3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...