Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 14, 2010

terfikir.~

Taliban serang lapangan terbang



Militan cuba cabar NATO lancar tiga serangan dalam tempoh 24 jam



JALALABAD: Pergerakan Taliban menyerang lapangan terbang utama dan sebuah pangkalan tentera udara di Jalalabad, timur Afghanistan, antara tiga insiden dalam tempoh 24 jam yang memberi isyarat kumpulan itu sedang meningkatkan serangan.

Dalam usaha untuk menunjukkan mereka mampu bertahan, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mendakwa mereka mencapai banyak kejayaan.

Tetapi, militan meningkatkan serangan di Jalalabad di timur Afghanistan, Kunduz di sebelah utara selain di ibu negara, Kabul, kelmarin. Serangan dilihat bertujuan memberi mesej jelas kepada pemimpin NATO yang akan berhimpun di sidang kemuncak di Lisbon minggu depan, bahawa isu keselamatan di Afghanistan masih jauh daripada penyelesaian dan Taliban tetap menjadi musuh utama.

Serangan di Jalalabad dan Kunduz juga berlaku menjelang majlis memperingati ulang tahun ke sembilan pemerintah Taliban digulingkan di Kabul menerusi serangan askar Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat atas dakwaan membantu kumpulan al-Qaeda sebelum peristiwa serangan 11 September.

Dalam tiga serangan itu, 10 penyerang terbunuh, dua daripadanya memakai jaket bom. Peningkatan keganasan juga berlaku ketika Presiden Amerika, Barack Obama, dijadual menilai semula strategi perangnya di Afghanistan bulan depan.

Panglima angkatan tentera Amerika, melaporkan pelbagai kejayaan yang dicapai dan beliau komited untuk memulakan pengunduran tentera berperingkat bermula Julai 2011, tetapi peningkatan keganasan bakal memberi impak buruk selepas Parti Demokrat dikalahkan dalam pilihan raya pertengahan penggal minggu lalu.
Ia juga berlaku ketika usaha penyelesaian konflik melalui perbincangan semakin diterima dan rundingan damai kian hampir dilaksanakan.

Penganalisis berkata, Taliban berjaya membuktikan mereka mampu melakukan serangan seiring dengan beberapa peristiwa penting di peringkat antarabangsa dan insiden terbaru itu bukan suatu perkara mengejutkan.

Pihak Taliban cuba menunjukkan bahawa Amerika tidak mampu mengalahkan mereka secara ketenteraan sejak sembilan tahun lalu manakala satu pihak lagi ia mahu diterima sebagai satu kuasa politik berpengaruh di Afghanistan, kata Pengarah Pusat Analisis dan Penasihat Afghanistan, Ghulam Jelani Zwak.

Sekurang-kurangnya lapan pejuang Taliban terbunuh apabila kumpulan itu melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera udara NATO di timur Afghanistan sebelum subuh semalam. AFP/Reuters



  • terfikir seketika.. sapa punca segala penyebab ..yg sllu memburukkan nama islam?
  • dr mn sumber ni dtg ??
  • AFP/Reuters.. ??


perfect lie...!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...