Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 12, 2010

Filem 'hantu' Mamat Khalid kutip RM1.2j


KUALA LUMPUR: Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid mencatat kejayaan membanggakan apabila memperoleh kutipan hampir RM1.2 juta selepas dua hari ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara.

Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang bergenre komedi romantik ada kekuatan tersendiri hingga berjaya menarik penonton yang ramai sejak hari pertama tayangan, Khamis lalu.
“Selain sarat dengan kritikan sosial, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah turut menyindir budaya orang Melayu yang percaya dengan cerita tahyul. Bagaimanapun, saya yakin kekuatan utama filem ini adalah garapan Mamat Khalid selain bintang utamanya, Awie.

“Filem Hantu Kak Limah Limah Balik Rumah mendapat kutipan RM330,000 pada hari pertama tayangan Khamis lalu. Kutipan filem ini meningkat pada hari kedua iaitu lebih RM800,000 menjadikan jumlah kutipan hampir RM1.2 juta dalam tempoh dua hari di pawagam.

“Kami menjangka filem ini akan mencapai kutipan melebihi RM4 juta,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Gayatri berkata, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah karya keempat Mamat Khalid bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd selepas Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombie Kampung Pisang.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd adalah sekuel filem Zombie Kampung Pisang yang sebelum ini mendapat kutipan RM2.8 juta. Ia dibintangi pelakon handalan seperti Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Shy8, Avaa Vanja, Delimawati, Zami Ismail, Pekin dan Sofi Jikan.




~ xsangka aku cter nie leh catat kutipan yg memberansangkan.. yeah sperti sedia maklum cter nie merupakan sambungan dariapada cerita zombie kampung pisang.. walaubagaimanapun.. bagi aku ..cter nie mmg lawak.. p jln cerita die tak brapa nak menarik sgt.. emm aku bagi 3 bintang dari 5 .. p still leh layan la.. hahaa.. babak yg aku paling suka semasa depa cari pelbagai bomoh utk clear kn kg tue dari ancaman hantu kak Limah .. :P

4 comments:

Rozuan Ismail said...

dh tgk trailer dia..biasa je..ok la kowt..x reti sikit nk komen pasal filem ni..reti tgk je..

nmirmo said...

setuju!!

zacky ~786~ said...

RI : hahaa... xpe.. lain org lain pendapat tak gitu ;)

zacky ~786~ said...

mirmo : thumbs up !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...