Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 13, 2010

Tiga lagi syarikat tinjau peluang operasi di KLIA2 ~




Terminal penerbangan tambang murah makin dapat sambutan

TIGA lagi syarikat penerbangan tambang murah terkemuka Asia meninjau peluang beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru yang juga dikenali sebagai KLIA2 apabila siap menjelang pertengahan 2012.
Minat syarikat itu sudah kemukakan kepada pengendali lapangan terbang berkenaan iaitu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

Pertambahan jumlah syarikat itu kelak pasti akan membuka lebih peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada dari segi harga tambang serta destinasi perjalanan. Buat masa ini, tujuh syarikat penerbangan tambang murah beroperasi di LCCT-KLIA termasuk AirAsia, AirAsia X, Air Asia Thailand, Air Asia Indonesia, Cebu Pacific Filipina dan Tiger Airlines Singapura. Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasinya, Datuk Azmi Murad, berkata setakat ini lapangan terbang yang bakal menjadi terminal penerbangan tambang murah terbesar dunia itu, semakin menerima sambutan di kalangan pengendali penerbangan tambang murah terkemuka antarabangsa. Katanya, hasrat dan minat itu didorong tarikan Malaysia sebagai satu ekonomi yang membangun dan maju selain pertumbuhan pesat industri tambang murah disokong inisiatif AirAsia Bhd (AirAsia) membawa masuk penumpang dari pelbagai destinasi di rantau ini. “Walaupun pembinaan KLIA2 baru bermula, kami sudah pun dihubungi dua hingga tiga syarikat penerbangan yang menunjukkan minat beroperasi di sana, kami tidak boleh nyatakan syarikat apa dan bila mereka akan beroperasi, biarlah mereka umumkan. “MAHB secara berterusan akan menarik syarikat penerbangan luar untuk beroperasi di KLIA dan KLIA 2, sasaran kami adalah menyeluruh kepada semua syarikat penerbangan yang berminat. “Bagaimanapun, tumpuan adalah adalah dari India dan China,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.
KLIA2 yang terletak kira-kira dua kilometer dari Terminal Utama KLIA sedia ada dan berhampiran Kompleks Bunga Raya adalah terminal yang khusus dibina untuk penerbangan tambang murah dengan keluasan lantai 237,132 meter persegi. Terminal yang dibina dengan kos melebihi RM2 bilion itu dibangunkan dengan kapasiti mengendalikan sehingga 30 juta penumpang setahun, sekali gus mampu menampung peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah. Sementara itu, Azmi berkata, inisiatif agresif yang dilaksanakan oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan membawa masuk penumpang dari sekitar rantau ini termasuk Australia, India dan China, membantu membuka potensi yang besar untuk pertumbuhan industri itu di Malaysia.



~wahh baguss nie.. pluang pekerjaan pn mesti banyak kn.!! :D

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

woww nice
rezeki depa..
huu

Rozuan Ismail said...

satu peluang yang baik untuk Msia terus maju..teruskan usaha!!

zacky ~786~ said...

nisa : huhu.. time tu , den baru jer lps grad !! 2012.. yeah..!! insyaALLAH mudah-mudahan ada rezeki ..

zacky ~786~ said...

RI : btol3.. yeah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...