Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 3, 2010

Kien Keat-Boon Heong mara ke suku akhir

PASANGAN Koo Kien Keat-Tan Boon Heong hanya memerlukan 23 minit untuk menempah tiket ke suku akhir Super Series Terbuka China selepas menumpaskan gandingan tuan rumah, Kai Lu-Li Gen 21-12, 21-16, semalam.

Beregu negara yang juga pilihan kedua akan menentang pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong hari ini selepas mereka mengesahkan tempat dengan menundukkan satu lagi pasangan tuan rumah, He Hanbin-Jiaming Tao 21-19, 21-15.

Turut mara ke suku akhir beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menundukkan pasangan Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan 21-13, 21-18 dalam 26 minit.
Gandingan itu bagaimanapun berdepan tugas sukar untuk melangkah lebih jauh apabila dijadualkan menentang pilihan ketiga dari Thailand, Prapakamol Sudket-Thoungthongkam Saralee yang mara selepas menundukkan wakil negara, Kien Keat-Chin Eei Hui 21-19, 21-10.

Begitupun, pasangan beregu lelaki negara, Peng Soon-Lim Khim Wah tewas kepada pilihan keenam dari Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Shang Mu 21-16, 21-15 dan Eei Hui-Liu Ying yang bergandingan dalam beregu wanita tumpas kepada pilihan pertama dari Taiwan, Cheng Weng Hsing-Chien Yu Chin 7-21, 22-20, 21-12.




kesimpulanya .. cina malaysia lwn cina,cina.. haha.. mmg la cina menang .!! hahaa..

Malaysia blh.. yeah ..

2 comments:

Nur said...

hahha..mmg cina menang tapi cine dr negara mana..tuh yg penting..hahah

zacky ~786~ said...

btol x3 :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...