JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.
Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.
“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.
SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.
SEKOLAH Harapan dan Rumah Harapan,
Jasin, memberi perlindungan kepada remaja hamil
~sumber~
Jasin, memberi perlindungan kepada remaja hamil
~sumber~
15 diletakkan dalam senarai menunggu..kerajaan ingin meningkatkan penerimaan penghuni..
agak2 la kan.. berapa ramai lagi remaja perempuan kita hamil yang belum berstatus 'kahwin' .. ?!
16 comments:
hahaha aritu Ali Rustam nk hentam Tok Guru ckp separuh dari ahli rumah nie orang Kelantan...ckp xabes2 nak mmbohong...penipu tak abes2 wei....
bodoh giler..
hurm bingung dengan sebab sebenar rumah nie ditubuhkan...pelik la...
ramainya..
ramainya.. tu yang nak mendaftar sekolah ni..
yang kat luar tu kita tak tahu..
ramai2 kot..
huhu..
gaya cm nk ramaikan remaja pompuan hamil yer
-____-
knp x ikut hukum2 allah je?
Erm.. tak tahu nak komen apa tentang ni.. memang macam nak menggalakkan mereka hamil lagik..
siap menambah tuh~.. ~,~
tak sesuai laa buat sekolah mcm ni nanti budak2 makin berani -.-
haih...dunia skrg makin pelik!
apa lah ak jadi ngan remaja masa ni.makinlah diorang selsa.main2,lepas tu tahu ada org back up diorang nanti
ramai yang mendaftar... ramai yang buat kerja... ramai yang leka... ramai yang masih seronok... peerrgh... ramainye... bila nak sikit agaknya...he he he... bila musibah datang melanda kot la...
majoriti rakyat x setuju sekolah ni ditubuhkan.. aku pn x nmpk lg kt mana benefit sekolah ni.. ni la jadiknya bila xnk pakai hukum Allah.. Islam tu dah cantik sgt.. tp x nak guna..
emm, nk wat guane.. org yg ada kuasa je leh control suma ni.. opps!! hehehe
gilak ! lau buat sklah mcm nie ! lagi bnyak la maksiat wei !
Post a Comment